Nampak tak TS Muhyidin Yassin tuw..
Siapa yang jeles sila angkat tangan!. Betul, TS Muhyidin Yassin telah menghantar kad ucapan selamat untuk mama. Tentu tak ramai yang pernah menerima kad daripada orang nombor dua negara ni kan.  Tapi sebab apa pulak TS kirim kad pada mama, sedangkan birthday mama bulan Disember. Haa,.. sebabnya ialah
esok hari mulia
esok hari bahagia
esok hari perlu diingati semua
esok hari indah
esok hari untuk semua..
yang pasti.. esok ialah Rabu, 16 Mei 2012
Selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia.
Sebab tu lah TS Muhyidin Yassin mengirimkan kad Hari Guru kepada semua guru di Malaysia. Tentu semua guru dah melihat kad cantik ni kan. Biasanya, saban tahun YB Rahman Palil, Adun Sementa yang hantar kad beserta sebiji kek besar untuk kami, tapi tahun ni, bos KPM pula yang sudi menghantar kad ucapan. Semua orang kata kad ni kad jemputan untuk mengundi PRU 13. Jom mengundi yer… oppss Selamat Hari Guru untuk semua guru mama, emak mama kerana emak guru, abah mama kerana abah juga guru, adik mama kerana Ami juga guru, kepada mama kerana mama guru, kawan2 guru mama dan semua guru la,.. tanpa kalian sukar untuk membentuk generasi madani Malaysia.. terima kasih, cikgu..
Published with Blogger-droid v2.0.4