Kisah tragis William Yau betul-betul membuka mata mama….

antara akhbar yang memaparkan kisah william…
Mama tak tahu tujuan dan kisah sebenar ibu bapa William meninggalkannya bersama-sama adik-beradik yang lain, sedangkan ibu bapanya keluar ke kedai. Pada mama, walau apa-apa pun alasan, tindakan ibu bapa William bukan satu tindakan yang bijak. Pada mama, walau sesukar mana pun menjaga anak-anak, almaklumlah anak-anak kecil akan menunjukkan ‘belang’ mereka ketika ibu bapa sibuk menawar untuk membeli barang, anak-anak tidak sepatutnya ditinggalkan bersendirian di dalam kereta tanpa pengawasan orang dewasa. 
Muhd Darwish Aniq
Kebetulan pada masa yang lebih kurang sama, kisah Muhd Darwish Aniq 3 tahun juga dilarikan ketika ibu bapa keluar ke bilik air. Baca kisahnya di sini http://www.sinarharian.com.my/semasa/budak-dilarikan-70km-ibu-bapa-ke-tandas-tinggal-anak-dalam-kenderaan-1.124553. Kalau mama berjalan jauh, terutama balik kampung, abah akan bawa 2 anak ke tandas dulu dan mama akan tinggal di dalam kereta dengan Yaya dan pastikan kereta berkunci. Setakat ni, dan mama berdoa seterusnya.
. agar mama tidak lupa untuk bergilir-gilir keluar ke tandas. Mama teringat kisah 2 tahun lepas, sewaktu bibik lari dari rumah mama. Di sekolah semua kawan mama kata ruginyaa… Tapi mama jawab, syukur kerana bibik hilang boleh diganti, tapi jika anak-anak yang hilang? Tak mungkin mama dapat cari penggantinya..
Semoga kisah tragis kehilangan William Yau menjadi pengajaran maha berharga buat ibu-ibu dan bapa-bapa agar tidak lalai dalam menjaga anak-anak. Mama takut…..