Tengok tu RM 447.00
Di mana duit mama pergi.. jawabnya ke kedai fotostat tu la… Banyak tau, RM447.00. Mama pun terperanjat bila tuan kedai kata jumlah yang mama kena bayar. Dalam fikiran mama, dapat balik ke duit ni? Kalau tak dapat macam mana? Mama senangkan hati, pelaburan akhirat..ok.. Mama gunakan duit tu untuk fotostat bahan ulangkaji untuk budak2 kelas mama. Mama ajar 4 kelas, so 4 x 40 set bermakna 160 set semuanya. Mama x harap dapat duit semula kerana budak2 kat tempat mama ni kebanyakannya bukan jenis yang sanggup keluarkan duit untuk buku.
Bagi mereka Sijil SPM tu x da nilai sangat. Kalau x dapat pun x apa..kerana lepas SPM nanti banyak kerja menanti. Ambik je lesen lori, lesen forklift atau lesen kontena, kerja melambak2 menunggu mereka. Kalau SPM setakat lulus je memang x da gunanya pada zaman sekarang yg rata2 Universiti menunggu pemilik 8A, 9A dan berbelas2 A. Sekolah hanya tempat untuk ‘menetaskan’ telur yang dah ada ‘pembelinya’…. Itulah nasib mama .. kesian ke?
Published with Blogger-droid v2.0.2