Hmmmm gelinyaa…
Steady je muka kakak Iman..
Tadi pergi ke Carrefour Klang.. jumpa Gintell... terus je Syahmi dan Kakak Iman naik atas  Gintell dan minta seringgit daripada mama. Pandai pulak kakak masukkan duit dan membiarkan badannya kena urut. Syahmi pun nak rasa tapi merengek minta duit dimasukkan. Tu lah bezanya antara kakak dengan Syahmi. Kakak segala2nya nak buat sendiri dan macam pandai2 jer, Syahmi pulak walaupun anak lelaki tapi manjanya terlebih2.. semua nak minta dibantu. Abah kata Syahmi masih kecil, tapi pada mama umur tiga tahun ni sepatutnya Syahmi tak merengek2 lagi minta sesuatu, dia kena kuat sebab dia lelaki,. lelaki tak boleh kuat menangis dan lelaki tak boleh bergantung sangat pada mama, itu pulak prinsip mama. Kekadang pasal Syahmi je, abah dan mama bertengkar.. berbalah. Balik pada kisah urut2 geli Gintell tadi,..
tetiba datang pasangan lelaki dan perempuan, yang lelaki agak berumur dan siperempuan macam nampak masih muda. Tak taulah pasangan ayah dan anak atau pasangan suami dan isteri, mama tak tau. Silelaki terus duduk di sebelah Syahmi, minta siperempuan masukkan duit. Puas dimasukkan duit, duit tak masuk2!!.. ditolak, ditekan, diurut tapi tak masuk2 jugak,… Dalam hati mama, pandai lagi kakak Iman!!.. Tapi bila tengok perangai silelaki, mama teringat Syahmi. Lelaki ni memang dalam hidup mereka kena bergantung pada perempuan ke? Manja sangat ke lelaki ni?.. Puas mama berfikir kaitan antara Syahmi dan lelaki berumur tu….

Published with Blogger-droid v2.0.2