kakak Iman baru bertatih2 nak baca Iqra’ 1… 
Hari ni info yang mama tulis agak berat, untuk pengetahuan rakan2 blogger.., huruf-huruf Quran ini memberi pengaruh kepada kesihatan kita. Sila rujuk Quranic Super Healing’ tulisan Mustamir Abdullah. Hal ini demikian kerana, bagi melafazkan huruf-huruf tersebut melibatkan organ-organ tubuh seperti paru-paru, kerongkong, ruang mulut, lidah, bibir, hidung dan sebagainya. AL-Quran ditulis dalam huruf hijaiyyah. Menyebut huruf-huruf ini dengan betul sangat penting dalam ilmu tajwid. Oleh yang demikian, seseorang perlu berlatih menyebut dengan bersungguh-sungguh supaya sesuai dengan makharij al-huruf (tempat keluar huruf). Makharij al-huruf bermaksud tempat keluar huruf  iaitu tubuh yang berperanan dalam pembentukan satu-satu huruf. Asal huruf adalah dari udara yang dikeluarkan dari paru-paru ke luar sehingga ke bibir. Bermakna, apabila kita membaca Quran, perlu menarik nafas terlebih dahulu agar dapat mengeluarkan suara. Bunyi suara itu pula bergantung kepada bahagian tubuh mana yang kita gunakan bagi mengeluarkan suara itu. Oleh sebab terbentuknya huruf itu berasal dari udara yang keluar dari dalam dada (paru-paru) sehingga mulut (bibir), para ulama tajwid membahagikan makhraj al-huruf kepada 5 :
  1. Al-halqi (kerongkong)
  2. Al-lisan (lidah)
  3. Al-jauf (rongga mulut)
  4. Asy-syafatani (dua bibir)
  5. Al-khaysyum (ruang hidung)
Melihat kepada penglibatan beberapa organ tertentu untuk menghasilkan bunyi huruf-huruf tersebut dapat di ibaratkan senaman bagi organ. Dengan membaca Quran, kita dapat menggerakkan organ-organ tersebut seperti mana kita melakukan pergerakan senaman untuk menggerakkan kaki, leher, tangan, pinggang dan sebagainya.
Manfaat lain ialah dapat merangsang keluar air liur yang berperanan dalam membersihkan rongga mulut daripada mikroorganisma. Air liur bertindak sebagai pelincir aksi otot-otot lidah, bibir dan pipi. Aliran air liur mencuci permukaan mukosa mulut. Air liur juga berperanan dalam mekanisma pertahanan tubuh.
kredit untuk fikrahIslam
*** Oklah baru mama tahu, selain kita dapat pahala kerana membaca al-Quran malah kesihatan kita juga dapat dipertingkatkan apabila kita membuat senaman membaca al-Quran. Ingatkan senaman tu ala2 berjoging, melompat, berlari jer, rupa2nya senaman al-Quran pun ada… Jom kita bersenam dengan membaca al-Quran dengan betul.. Dah senam hari2 ker, atau terlupa???

Published with Blogger-droid v2.0.4