tIGa KaLI mALaM pERtAMa bagi INsan..
Malam pertama bagi insan
Bayi kecil sayup menangis
Keluar dari kepompong nan dalam
Persembunyian tiada bandingan
Matanya terkelip-kelip
Bagai mentari baru terbit
Lalu siapa yang tersenyum?
Tentulah IBU bagi sang anak
Didakapnya.. walau sakit terasa puas..

Malam pertama bagi Insan
Suami isteri di ambang percintaan
Kemuncak bagi segala yang memuncak
Terpampang bagi segala yang dipampang
Terang bagaikan bulan
Kelipnya bagaikan bintang
Saksi cumalah TUHAN..
Malam pertama bagi Insan
SAKARATUL MAUT datang menjemput..
Nyawa akan dicabut
Peluh mengalir.. tubuh menggigil
Di liang lahad tempat tidurmu
Tiada siapa yang menunggu
Di mana suami.. di mana isteri?
Di mana ibu di mana ayah?
Siapa yang menolong… siapa yang menziarah?
HANYA TIGA BEKALANMU..