madah ni kalau kita tiada kuasa… kita akan terpaksa menerima apa2 sahaja… 
Justeru kita mesti berkuasa agar kita mampu mentarbiah diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara
Untuk berkuasa, elemen terpenting ialah Ilmu.. bukannya kekuatan fizikal semata2..kerana kekuatan fizikal akan luntur, kekuatan ilmu akan meningkat selagi kita tidak jemu menimbanya…….
Justeru
Jika aku berkuasa dalam negara ini..
Akan ku’petik’ putik2 hijau tunas baru agar mencintai ilmu
Akan kuusung panji2 ilmu lalu kusemat di dada dan jiwa setiap warganegaraku..
Akan kuuar2kan kepentingan ilmu di setiap ceruk negaraku agar setiap warga di negaraku penuh ilmu di dada
Akan kupintal segala visi dan misi wargaku agar bergerak ke arah bunga2 ilmu
Akan kumekarkan udara negaraku dengan wangian ilmu
agar
setiap usaha yg digerakkan tidak sia-sia
agar usaha yang digerakkan berpaksi pada ilmu 
agar bibit2 kejahilan yang merosakkan bangsaku dapat dipanah dan dihancurlumatkan
agar wangi haruman kemakmuran, keakraban, kesatuan, kesejahteraan di bawah panji2 Islam sentiasa dihirup
sesungguhnya 1Malaysia 1 Islam 1 Bahasa Melayu..