Manisnya…..
Vanilla Coklat kegemaran mama….
Memang sedap Vanilla Coklat, seindah nama dan sekacak serta semanis para pelakonnya. Siapa tak terpegun melihat Izara Aishah, Iqram Dinzly, Aiman Hakim Ridza… Barisan pelakon yang ternama tu membuatkan semua orang ternanti2 kehadiran Vanilla Coklat. Tambah pulak kisahnya tentang cinta muda-mudi, bagaimana pasangan Izara dan Aiman Hakim yang pada mulanya pura-pura tak mahu.. tetapi akhirnya baru sedar kehangatan rasa cinta.. Mama tak mahu cerita panjang2 kisah Vanilla Coklat TV3 nie, sebab mama rasa semua orang dah menontonnya sendiri. Kalau nak tau sikit2 sinopsis kepada yg belum tengok bolehlah tekan di sini.. tv3.  
Seperti berbezanya Vanila dan Coklat, begitulah sukarnya untuk menyatukan Zara dan Aamir.
 (Kalau mamalah jadi Zara, mama terima je Aamir yang hensem tuw, dan kalau mama jadi Aamir, 
mama nak sangat2 Zara yang cun tu, betul tak? … )
Cukup2lah mama dengan fantasi tu… baliklah ke dunia sebenar ok.. Dunia realiti mama sebagai seorang guru. Bukan nak mengeluh, tapi nak melepaskan tekanan perasaan yang membuak2 ni. Hari ni hari Ahad, hari yang sepatutnya mama habiskan bersama-sama dengan anak2. Kalau pekerja lain, mungkin tersenyum lebar kerana boleh mengira OT hujung bulan ni kerana bekerja pada hari Ahad. Tapi mama? Tak pa, keja kerana Allah, cikgu kena ikhlas dengan tanggungjawab… Habistu, cikgu tak ada anak bini ke? Cikgu tak ada anak2 ke. Mama ingat lagi beberapa tahun lepas, mama tak ingat bila kerajaan mengumumkan Sabtu pertama dan ketiga merupakan cuti bagi kakitangan awam… wau, gempaknya kenyataan tu. Sebenarnya kenyataan tu hanya untuk mengaburi mata sesetengah pihak yang mudah ‘tersenyum’, hakikatnya kami merintih tau..
Sunday yang malang?
Hari Ahad mama kena bekerja untuk Mesyuarat Agung PIBG,..hari bekerja tak boleh buat kerana ibu bapa bekerja so x boleh datang, habis cikgu bukan ibu bapa??.. Petangnya, mama bawak kereta dengan abah dengan Dahiyah, Syahmi dan Iman, cari kedai fotostat, almaklum hari Ahad, semua kedai tutup, yang ada 711.
. tupun 20 sen sekeping,..wow..kalau dikali ngan 100 depan belakang mau tak 40 hengget!!.. Alternatifnya, mama terpaksa  rela mem’print’ segala pamplet untuk majlis pelancaran esok (Isnin)..Kalau pegawai ijazah lain, tentu boleh claim, tapi cikgu? Tak pa, kerja kerana Allah, cikgu.. Cikgu dah banyak cuti sekolah, Ahad pun kena sekolah…!!! Cuti sekolah pun buat pengetahuan semua, kami kena bekerja, kami kena jadi pengawas peperiksaan, bukan goyang kaki di rumah… Pening kepala ni,.. minggu depan kena tidur untuk perkhemahan KRS,.. macam mana Dahiyah?.. 
Bukan senang nak senang cikgu..
Sama juga, tak mudah nak mencampurkan Vanilla dengan Coklat..
dan Menyamakan tugas hakiki guru dengan beban kerja guru...
Published with Blogger-droid v2.0.2
Enhanced by Zemanta