Masih dalam penyelenggaraan
 pelik bin ajaib?!
Sesiapa yang menghadapi masalah yang sama, sila angkat tangan. Kes seperti nilah yang menambah kebengangan dan menambah ketensyenan guru. Kami dah tak ambil kisah dengan segala beban kerja yang semakin banyak. Kami dah dapat menyerap segala masalah disiplin murid-murid sekarang. Bak kata orang tua-tua, alah bisa tegal biasa. Namun, yang amat memeningkan kami, sistem analisis peperiksaan sekolah (SAPS) yang wajib diguna pakai untuk menganalisis peperiksaan di sekolah.
Tapi sistem ni ibarat indah khabar dari rupa jer. Tengoklah gambar di atas, mama dah cuba selesaikan tugasan mencetak slip peperiksaan menggunakan aplikasi SAPS ni kat sekolah lagi, ni sambung waktu malam di rumah, namun apa hasilnya? Maaf,.. sistem masih dalam penyelenggaraan dan yang lebih dasyat, mama belum dilantik sebagai guru kelas pada tahun 2012!
!. Tak pandai punya sistem, ni dah 19.06.12 dah, takkanlah mama belum dilantik… issshhh nak lepaskan geram dan tensyen ni..
Hikmahnya : bagi pembuat sistem kat atas nun, tengok2 lah segala infrastruktur yang ada, fikirlah bahawa Unifi belum dan tidak disediakan di sekolah, dan sistem masih dalam percubaan, so janganlah jadikan kami guru-guru ni sebagai bahan ujikaji, tolonglah…..
Doa-doa semoga sekolah mama ada Unifi biar laju sikit masuk SAPS
Doa-doa biar SAPS tak bengong lagi… 
Unifi janganlah malu2 ye..
Amin…