Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu bakar Abdullah dipetik memberi jaminan bahawa SBPA bakal membantu mengawal bilangan kakitangan kerajaan dan bukannya mengurangkan tenaga kerja semasa. Beliau juga berkata bahawa pemegang jawatan yang dimansuhkan akan ditempatkan di skim dan gred lain mengikut keperluan semasa. (Bukti?) Wow,.. manisnya mulut bak gula tebu dari Pulau Pinang.. Dalam kita sibuk mengira gaji yang bakal diterima dalam SBPA, rupa2nya ada insan lain (29000 orang) yang menangis atas kegembiraan kita. Baru2 ni kita dikejutkan oleh wakil DAP yang mendakwa akan mengurangkan pekerja berlebihan. Tapi apa yang terjadi, sudah pun terjadi iaitu 2012 mengikut skim SBPA 29000 pekerjaan bakal dimansuhkan demi mewujudkan saiz perkhidmatan awam yang ideal?  Menurut KPPA lagi: “Di bawah SBPA ini kita telah mansuhkan 29,000 jawatan, misalnya (kakitangan perkhidmatan perkeranian), di bawah inisiatif NKRA untuk mengurangkan jenayah, kita menempatkan mereka dalam tugasan rondaan, ada yang dihantar ke bahagian-bahagian lain.
Kita bukannya mengecilkan saiz tenaga kerja, tetapi mengawal saiz,” kata beliau menjawab soalan sama ada SBPA membawa ke arah pengecilan saiz tenaga kerja perkhidmatan awam. Apa bezanya antara mengawal saiz dengan mengurangkan saiz tu, cuma berbeza perkataan tetapi maksud dan ertinya masih sama taw… Secara logiknya, kerani yang montok2, saiz double xl boleh ke diserapkan ke tugasan rondaan.. silap2 para peragut dan mat rempit ketawa guling2 tengok polis semput kejar dia orang.. hissshhh .. Sebab tu kalau nak rasionalkan tindakan, fikirlah kesan kenyataan tu dulu.

Abu Bakar: SBPA mansuh 29,000 jawatan, sektor awam alami ‘right-sizing’

 

jangan tok… kami ni x sekaya datuk, jangan buang kerja kami tok