Dah banyak diupload dalam FB, sebenarnya kita ditipu ke? Kalau nak dikira ada betulnya juga, Ron97 untuk sikaya tanpa subsidi harganya 2.70. Ron95 yang didakwa dakwi mendapat subsidi 83 sen dan terpaksa dikurangkan subsidi kepada 63 sen, berharga 2.10! Bermakna, jika tak adalah ‘sedekah’ subsidi daripada kerajaan yang maha prihatin dengan keperitan rakyat, bermakna harga Ron95 ialah rm2.73? Macam tak logik kan harga Ron95 lebih mahal daripada Ron97… Jadi, betulke kerajaan maha prihatin ni betul2 ada beri subsidi 63 sen, atau sengaja dibesar2kan saja? Pada mama, tak elok menipu rakyat dengan bagi statistik yang ‘menipu’.

Apa salahnya, mengaku ekonomi Malaysia sudah merudum, jadi kerajaan minta belas ehsan rakyat agar membantu. Tapi tentulah x mau kan, sebab ego kannn so terpaksalah ‘menipu’. Tapi terimalah hakikat wahai kerajaanku yang bijaksana, rakyat sekarang tak mudah ditipu. Kami dah bijak dan kami alegik apabila kena tipu!…

Published with Blogger-droid v2.0.10