Rashid Sidek akhirnya mengikut jejak langkah Misbun, keluar dari BAM…
Dua persepsi berbeza daripada orang kuat BAM, Tengku Mahalil dan orang kuat MSN, Datuk Zolkepkes Embung atas pemergian Rashid. Sorang kata ‘kehilangan besar’ sementara sorang lagi kata ‘bukan satu kehilangan’.Nada orang kuat BAM ‘penuh dengan kebencian’, seolah2 Rashid tiada jasa langsung pada BAM dan negara. Pada mama, walau sekecil zarah pun jasa seseorang, kita jangan mudah melatah menidakkannya hanya semata2 kerana api amarah sedang menyala. Sikap Tengku Mahalil hanya membuka pekung di dada tentang kepincangan BAM apatah lagi kegagalan mereka mencipta penganti Datuk LCW. Pada mama, bukan kesilapan jurulatih semata2, apatah lagi mereka hanya ‘pekerja’ yang menjalankan amanah, yang lebih utama ialah pengisian, perancangan, r & d dan inovasi yang telah diaplikasi oleh BAM. Tak guna pucuk pimpinan bertukar tetapi pengisian masih ditakuk lama.

Semoga mereka boleh ‘berdamai’ demi kemajuan sukan badminton negara. Tak malu ke kita kalah je dengan Lin Dan walhal prinsipnya sama dengan prinsip king gobal, tak perlukan ‘ranking’ tapi dapat juga jadi juara. Peliknya, king gobal tak utamakan ranking juga tapi bola kita kalah je! Mungkin bola dan badminton kena belajar dari China koott…

Published with Blogger-droid v2.0.10