SPM 2013 hanya tinggal 46 hari lagi saja…. Tentu ramai calon SPM 2013 mencongak-congak soalan yang bakal keluar kerana SPM merupakan penentu hala tuju kehidupan mereka kelak. Mama bukan nak jadi tok nujum, tapi analisis perbandingan teks antologi (baru)yang pernah keluar dalam SPM yang ada di http://bmspm ni memang banyak membantu. Pola teks yang keluar pada spm julai dan spm nov amat membantu kita untuk meramal soalan yang bakal keluar. Dalam tempoh tak sampai 50 hari lagi nak SPM ni, pada mama tak salah jika kita belajar secara ‘smart’… Bukan ke kita dah study selama 2 tahun, so apa salahnya jika kita buat analisis supaya tidak menggelabah nak utamakan yang mana satu. Kita boleh tekankan teks yang diramal tapi jangan abaikan teks yang lain. Lagipun, pola soalan 2b,c dan d kan mudah, i- soalan drpd teks, ii- soalan kbkk dan iii-soalan komsas.

Kalau tak keluar pun teks yang diramal, soalan i dan ii masih boleh dijawab dan sebahagian soalan iii juga boleh dijawab kerana ambil contoh drpd petikan…Yang penting, jangan ‘malas’ nak menulis, cuba saja, tak rugi pun kalau kita mencuba. Takkan le perjuangan selama 2 tahun di tingkatan 4 dan 5 kita akhiri dengan tidur selama 2 jam 30 minit kan? Cuma kita yang menentukannya…caiyok calon spm 2013!

Published with Blogger-droid v2.0.10