Jom ping blog…
Mengeping entri blog di web Ping Aggregator merupakan salah satu aktiviti penting yang wajib dilakukan oleh semua pemilik blog untuk memastikan aliran trafik di blog kita sentiasa bertambah. Contohnya, tengok gambar kat atas tu, lepas ping jer, haaa kan banyak aar yg masyuk.. banyak ke? Banyak le buat blog mama yg sejukkk nieh. Sebenarnya, bila kita ping, segala entri yang diping itu lebih mesra pelawat dan enjin pencari yang yang secara tidak langsung turut memberi keuntungan kepada kita. Laman mengeping entri yang popular dalam kalangan blogger ialah Gengblogger. (Tapi bukan pada mama sebab mama lupa pasword!!.. haru betul laa) Laman ni bukan sahaja berfungsi sebagai Ping Aggregator, tetapi ia juga berfungsi sebagai sebuah laman sosial yang tersedia dengan pelbagai fungsi yang menarik di samping bersifat mesra blogger. Sejak berlakunya kes penggodaman dan serangan Malware di laman web tersebut, pihak admin mula mengabaikan laman tersebut, terbiar tanpa sebarang usaha pembaikan. Akibatnya, Gengblogger kehilangan ramai pengunjung tetap yang suatu ketika dahulu setia bersama Gengblogger.(Antaranya mama kot?). Tak kisahlah kan, orang nak datang ke x nak ke ke website tu, yg penting kita ping blog ke laman-laman ping yang popular. Ok, ada 13 laman web Ping Aggregator yang agak popular dan sememangnya menjadi tempat yang sesuai untuk mengeping entri anda. Berikut merupakan senarai laman Ping Aggregator:
  1. gengblogger.com
  2. ozbloggers.com
  3. kelantanbloggers.
    com
  4. johoreanbloggers.com
  5. selangorbloggers.com
  6. imcurtain.com
  7. digg.com
  8. ping.sg
  9. www.blogged.my
  10. crunchour.com
  11. www.lintasberita.com
  12. pingates.com
  13. www.blogcatalog.com
Facebook tak boleh masuk ke malam ni ?
Haru betul…

Mama sebenarnya mengopy dan mengepaste je entri ni sambil mengharu-birukan entri asal sesuai dengan entri mama yang sempoi, so mama beri credit untuk blog ini…http://blog-pke.com/13-laman-ping-untuk-blog-anda.

Published with Blogger-droid v2.0.2