Hari ini mama jadi photographer tak bertauliah lagi. Tapi mama gembira kerana secara tak langsung, mama tahu rahsia murid-murid sayang cikgu lelaki.
LCD tak lupa…

Suara mencengkam jiwa raga…

Handout mesti ada..

Berbekalkan air liur je..

Murid terpegun…

Murid buat…
Selama ni mama tertanya-tanya, apa lagi yang tak mama buat… handout mesti ada punya, paparan LCD sanggup bersengkang mata nak dibuat.. tapi hasilnya? Murid masih bising dan tak ambil peduli. Tapi, bila cikgu lelaki, bukan saja senyap malah budak teruja nak buat. Gambar-gambar yang sempat mama snap tadi menjelaskan segala-galanya. Cikgu perempuan memang work hard tapi… cikgu lelaki work smart… Mama dapat lihat semasa minggu orientasi murid tingkatan 1. Cikgu perempuan masih dengan gaya ‘pensyarah’ menyebabkan murid-murid hanya melihat dengan mata bukan dengan akal. Tetapi, cikgu lelaki sampaikan ceramah secara ‘2 hala’.
. cikgu sendiri jadi model spontan dan murid-murid ‘meniru’ gaya cikgu. Kalau mama pun suka… Dalam hati mama, patutlah murid-murid suka cikgu lelaki, kerana kelas mereka ‘hidup’ dan disulami dengan unsur humor… Kelas cikgu perempuan? Stress dan menjurus kepada peperiksaan. 
Namun, cikgu lelaki seakan-akan hampir pupus sekarang ni. Misalnya di sekolah mama saja, tak lebih 10 orang guru lelaki, sedangkan guru perempuan melebihi 60 orang! Mungkin Kementerian Pelajaran patut memikirkan cara bagaimana menarik minat golongan lelaki untuk menjadi guru. Mungkin menerusi insentif dan gaji yang lebih baik. Takut-takut nanti ‘produk’ sekolah lebih tipikal kepada prinsip feminin, bukan lembut ye.. tapi hanya serius tetapi ‘mati’ dan ‘dingin’… Kita sedia maklum bahawa,  proses sosialisasi anak-anak yang hanya di’besarkan’ oleh ibu tanpa kehadiran ayah jelas nampak kepincangan, tentu saja produk sekolah yang hanya ‘diajar’ oleh kebanyakan guru perempuan tanpa guru lelaki pasti akan pincang juga.  Renung-renungkan lah….