Rahsianya.. tentu sahaja pada ketampanan wajahnya, kalau tidak masakan banyak remaja Malaysia tergila-gilakan artis kpop ni walhal senikata lagunya sepatah haram kita x faham.Tapi pada mama, mungkin rahsianya terletak pada kekuatan strategi industri seni negara tersebut juga. Terutama dari segi strategi pemasaran dan promosi artis-artis mereka. Berbanding di Malaysia, artisnya sibuk dengan masalah peribadi yang merimaskan, misalnya kisah Saiful Apek yang berbakat tetapi ‘tewas’ dengan dadah. Kisah artis yang sibuk naik turun mahkamah menguruskan hal rumah tangga juga merimaskan peminat. Semua masalah peribadi ni tentu sahaja membantutkan usaha mereka untuk ‘mempromosikan’ diri, malah penerbit pun muak dengan karenah mereka. Di Malaysia pun orang semakin ‘melupakan’ inikan pula nak dikenali di luar negara kan? Tak perlulah Zed Zaidi ‘berkokok’ ke sana sini nak membela nasib artis, jika artis sendiri tidak menghargai bakat yang mereka ada.

Pendek kata jangan nak salahkan kelebihan artis kpop tu hensem sangat menyebabkan remaja Malaysia tergila-gilakan mereka tapi ‘cermin’ diri sendiri dulu. Sudah kuat ke diri ni untuk di’gilai’ peminat? Atau artis Malaysia hanya kuat dengan masalah peribadi saja. Bilalah kita dapat melahirkan seniman agung seperti TS P Ramlee lagi? Peminat kini dah bijak, tidak perlu nak salahkan ‘lantai yang senget’ jika memang bakat kita nil sebenarnya!

Published with Blogger-droid v2.0.10