Baru2 ni mrs Unifi ada call mama, pot pet pot pet.. mama pun setuju…

kalaulah 1000 orang macam mama, tentu kaya Uifi..
Kenapa mama kata gitu? Hanya berbekalkan air liur, staff Unifi tu berjaya meyakinkan mama untuk meng upgrade daripada Unifi vip5 kepada vip10. Selama ni, vip5 dengan bayarn rm149 plus GST 6% mama akan bayar rm 157.94. Tetapi dek percaya akan kata-kata manis mrs Unifi tu, mulai Jun mama akan bayar rm169 plus gst ialah 179.14!
Waktu tu tengah pening menanda kertas exam, mama dengan mudah bersetuju untuk upgrade ke vip10! Sama ada untung atau tidak, mama pun masih tak tahu sampai sekarang ni! Inilah perempuan kan, rumah siap pahat masih berbunyi!
Pakej yang ditawarkan ialah, mama upgrade ke vip10 dengan bayaran hanya rm169, plus mama dapat dongle p1 5gb 6 bulan percuma dengan hanya bayaran sebanyak rm25 sebulan untuk bulan2 berikutnya. Mama rasa dah cukup lumayan tawaran tu. Betulke?
Sekarang ni, mama gunakan broadband maxis untuk on9 di sekolah dengan bayaran rm50 sebulan hanya 1gb sahaja, ini 5gb cuma rm25 kannnn… lumayan kot? Sesiapa yang ada pengalaman bolehlah kongsikan dengan mama. Tapi untuk bercerai hidup dengan Unifi memang tidak le kerana mama terikat dengan kontrak 2 tahun. Cuma dongle tu, apa kata kawan2 yang ada pengalaman dengan P1. Coveragenya ok ke? Harap2 lepas ni, nak keyin markah dan update apdm x le seleceh guna YES ataupun Maxis… harapan atau realiti? Tungguuu…
pssttt…
rasanya nak bawa je modem unifi tu ke sekolah..
nak belanja warga sekolah biar kerja kita x selembab YES
biar anak didik kita boleh guna Frog
biar frog mama melompat tinggi…