Tak sangka Pengacara terkenal kena dua kali lafaz… berkerut dahi tuw…gabra kot?
Suka senyuman Ally & Fara.. cutenyee…
Alhamdulillah.. sah..
Banyak blog memaparkan kisah pernikahan Ally Iskandar dengan Fara Lee.. Mama rasa seronok juga melihat akhirnya pengacara TV3 yang beberapa kali kecewa ni akhirnya menemui jodoh dengan gadis yang begitu cute dan cantik, bagai pinang dibelah dua. Selepas ni, tentu pihak pengurusan TV3 pusing memikirkan pengganti Ally sebagai pengacara Muzik Muzik Akhir pada 29 Januari ni. Sebabnya, pada firasat mama lah, tentulah Ally bakal ‘terbang’ ke Incheon mengikut isterinya yang akan meneruskan pengajian sehingga Disember nanti.
Almaklum, baru 9 hari diakadnikahkan, tentu sedang mabuk melayan perasaan kan.. Lainlah kalau Ally terlalu komited terhadap tugas, maka dibiarkan Fara ‘kesejukan’ seorang diri di Incheon? Musim sejuk ke Fara sekarang kat sana?… Mungkin lepas ni,.. ada rancangan khas ‘from Incheon with Love‘ kerana pengacara terkenal ni semestinya lama ‘bermalam’ di Incheon, siangnya bolehlah cari bahan untuk rancangan terbaru TV3 kan. bak kata orang ‘sambil menyelam sambil minum air‘ aka sambil berjumpa isteri tercinta sambil cari berita….

Published with Blogger-droid v2.0.2