Sambil menulis entry ni mama layan ALKuliyyah TV3 tiba-tiba mama dapat tajuk yang rasanya sesuai untuk entri ni. Sebenarnya gambar2 bayi malang ni dah lama mama prtsc dari hp tapi tak berkesempatan untuk menulis entri. Almaklum, tinggal 34 hari lagi SPM, budak-budak sibuk, cikgu budak pun sibuk. Jadi pada sesiapa yang ingin download koleksi soalan percubaan SPM 2012 boleh tekan sini.
Adam…wajahnya begitu popular di FB
Antara bayi malang yang sering terpapar kisahnya di FB mama ialah kisah adik adam.  Masyaallah, betapa besar penderitaan yang dialami oleh bayi ni. Betapa tabah dan kuatnya mama adam yang sentiasa kuat di sisi adam. Betapa prihatin dan pemurahnya masyarakat Malaysia yang saling membantu dan mendoakan adam agar Allah ringankan beban dan penderitaannya.
Anak kecil yang malang…
Kisah adik Hayyzi Zykril ni kurang mama baca di FB, cuma ada sekali mama terlihat tabung untuk adik ni.  Begitu juga adik di bawah ni yang bergantung hidup dengan sistem hayat dalam inkubator. Penderitaannya mereka dan mama pasti ramai lagi anak-anak malang begitu hebat yang kadang-kadang mama rasa berat mata memandang betapa berat lagi bahu yang memikul.  
Ya Allah.. ringankanlah derita anak ini…
Kepada semua mama atau ibu atau ummi atau apa-apa sahaja panggilan untuk insan yang telah 9 bulan 10 hari mengandungkan bayi-bayi ini, yang pasti permintaan terakhir mereka ialah : melihat anak-anak ini sihat dan membesar seperti anak-anak lain.  Menitis air mata mama apabila melihat kesengsaraan yang dialami oleh bayi-bayi ini.
Mama yakin, mama tak sekuat ibu anak-anak ini jika diuji dengan ujian maha berat sedemikian. Jadi pada ibu-ibu yang kuat dan tabah ni, mama ucapkan tahniah dan semoga mereka terus tabah dan jangan pernah sesekali berputus asa….
Lupa nak rotate.. 
Sebab tu, bila mama asyik nak marah-marah bila Dahiyah buat hal, bila Syami ‘terkencing depan tv’, bila kakak Iman merengek nak itu ini… mama lihat anak-anak, jauh di sudut hati betapa bertuahnya mama dan mama panjatkan kesyukuran kerana dianugerahkan 3 orang anak yang sihat dan sempurna.  Mama tak jadi marah-marah lagi… terdetik hati mama .. kalaulah mereka tiada,.. kalaulah mereka sakit… tak pa mama yang ‘sakit hati’ melayan karenah mereka ….
Published with Blogger-droid v2.0.8