Pasangan pertama
Pasangan Kedua
Bakal Pasangan Ketiga
Inilah perkahwinan terakhir abah mama. Bukan main syok mama lihat abah. Ketawa sampai ke telinga, bahagia sampai ke syurga…Kocek abah sarat dengan saguhati daripada kawan-kawan. Abah sampai lupa time dah lewat.. abah masuk menghadap-Nya pun waktu dah nazak. Biarlah abah gembira, kan ini perkahwinan terakhir abah?

Gempaknya abah mama?.. Perkahwinan terakhir?..

Jangan salah sangka ya, bukan abah mama tapi anak2 abah semuanya sudah selamat diijabkabulkan dengan pasangan masing2. Sebab tu juga lima hari mama berpuasa daripada berbelog. Tapi mama puas… puas sebab abah gembira. Bermakna, 4.2.2012 lalu, merupakan majlis perkahwinan terakhir yang abah mama kendalikan. Seronok mama tengok abah gembira. Semoga abah gembira dan senang hati macam ni selalu,  sebab memang dah jadi hak abah untuk bergembira selepas berpenat lelah membesarkan kami adik-beradik. Yahooo… perkahwinan terkahir abah berjaya.

Published with Blogger-droid v2.0.2