Baju peplum begitu hot sekarang ni di FB, rata-rata banyak page yang menawarkan baju peplum sama ada untuk dewasa mahupun kanak-kanak.
peplum panas dari oven pos laju
sukanya dia dapat…
kakak iman saiz 6-7
adik yaya saiz 3-4 walaupun umur baru 21/2 tahun…
Dah lama mama cari peplum for kids ni. Mama kurang berminat dengan peplum yang ditempah online kerana saiznya belum tentu fit dengan badan anak-anak. Malah, harganya pun jauh lebih mahal, ada yang mencecah RM70-100. Kalau nak beli baju kurung, mama lebih suka pergi ALAminKids kerana potongan baju kurungnya memang fit kat badan anak, tak ada le jatuh bahunya atau nampak ‘menggelebeh’ je apabila dipakai. Peplum pula, mama beli di My Ainnur Collections. Peplum merah macam yang kakak Iman pakai tu saiznya 6-7 yr dan adik yaya 3-4 yr. Harganya cuma RM45 sepasang dan belanja pos RM7 untuk kedua-dua pasang. Jumlahnya RM 97 dan hasilnya memang puas hati sangat-sangat le, sebab memang nampak cantik dan terletak je kat badan. Banyak juga yang jual peplum yang sama di FB tapi yang mama hairan, harganya berbeza-beza pulak!
Ada yang jual RM55 sepasang! Nasib baik mama terjumpa MyAinnur ni, jadi mama jimat RM 20 la. Tapi yang tak seronoknya, My Ainnur ni tak jual di luar, hanya jual secara online. Masa mama tunjukkan peplum ni pada kawan-kawan, terus ada yang call nombor MyAinnur, namun malangnya dia tak jual di rumah. Pada mama, untuk menarik lebih ramai pelanggan, pihak yang menjual secara online juga perlu meluaskan perniagaan di luar, kerana tidak semua orang percaya untuk membeli secara online. Almaklum, kita biasanya suka mencuba dulu sebelum membeli, mana lah tahu jika dah beli tapi tak berpuas hati, bukan mudah nak memulangkannya jika membeli secara online, kan? Contohilah cara kainohkain ni, selain menjual di FB, dia juga menjual kain dan baju di rumahnya di Shah Alam…  Strategi tu… Sampai bila kita nak malu-malu apabila berniaga, kan…
Published with Blogger-droid v2.0.9