Pengalaman pertama melahirkan tentu merupakan pengalaman yang maha berharga yang tidak mungkin kita lupakan.  Macam-macam perasaan, takut, seram, sakit, penat, lenguh bercampur baur tetapi kesemuanya terpaksa rela kita telan dan alami. Itulah lumrah kehidupan yang membuatkan kita akan menjadi lebih dewasa dan matang. Angkat tangan siapa yang tak mahu merasa pengalaman melahirkan? Tentu nanti orang tu tak da idea nak dikongsi bersama pengalamannya.  Ada yang cerita, susah sangat, ada yang kata senang je, ada yang tiada langsung masalah.. seronok je masing-masing bercerita tentang pengalaman pertama melahirkan. Pengalaman pertama mama melahirkan Baby Inersia…
tips majalah sekolah
Inersia, pengalaman pertama mama melahirkan…
Alamak, jangan terkeliru… Malaslah mama nak ceritakan pengalaman pertama mama melahirkan Kakak Iman, dah masuk enam tahun dah, dah hampir-hampir lupa dah kisahnya.  Mama nak ceritakan kisah pengalaman pertama melahirkan Inersia, baby dah berumur 4 tahun ni.  Punyalah teruk, sebab mama memang blur mula-mula dulu sebab almaklum tiada pengalaman. Sepanjang proses melahirkan Inersia macam-macam karenah, macam-macam dugaan mama hadapi. Kurang bantuan dan sokongan daripada insan terdekat menambah perit proses kelahiran Inersia.
Namun, mama kuatkan hati, kuatkan semangat dan matlamat mama pastinya Inersia bakal dilahirkan.
Doktor pulak banyak karenah, ada saja alasan untuk tidak datang melawat. Apabila diminta datang, alasan masih beraya, alasan kakitangan bercuti dan macam-macam lagi. Namun, tarikh 5 September 2012 merupakan tarikh keramat kerana ketua doktor bakal melawat mama dan memberikan nasihat terakhir sebelum mama melahirkan.  Insyaallah, jika tiada aral, minggu hadapan mama bakal masuk ke ‘labour room’ dan kemudian jika tiada aral melintang, tiada banyak karenah birokrasi baby Inersia ke-4 bakal dilahirkan pada 2012. 
Tak sabar rasanya nak menanti kelahiran baby Inersia..
Pengalaman pertama melahirkan Inersia adalah pengalaman maha berharga..
Siapa ada pengalaman sama, melahirkan majalah macam mama?