Syoknya mamat Bangla ni bagi kita minum…
Cuba bayangkan air mineral yang kita minum tu datangnya daripada penapis air canggih yang dilakukan oleh mamat Bangla seperti dalam gambar. Dahlah air paip tu dah penuh dengan segala pencemaran, ditambah pula dengan pencemaran segera peluh mamat tu, .. sebab tu lah air yang kita minum ada perisa tambahan!!!???…. 
 Mama nak Coway tapi mahal sangat la..
Al Jabbar mama mampu kot…
Sebelum perut kita kenyang dengan air perisa peluh mamat Bangla tu, jom kita ‘melabur’ sedikit dengan membeli penapis air, x kiralah produk mana pun, ikut kemampuan masing-masing. Mama hanya mampu nak dapatkan produk alJabbar kot, jadi sesiapa yang pernah gunakan produk ni bolehlah berkongsi dengan mama.
Mengikut sumber, kelebihan penapis air ni:
Sistem Air Dr. Jabbar Energy Life
Sistem air Dr. Jabbar Energy Life mengambil contoh prinsip mata air mineral
dan air bukit semulajadi. Ia menggunakan bahan-bahan dari alam
semulajadi dan karbon diaktifkan berkualiti tinggi dan seramik biotenaga.
Molekul air diubahsuai untuk memudahkannya diserap oleh badan sekaligus
membuang toksin, kekotoran dari badan kita dan memperbaiki peredaran darah.
Sistem air Dr. Jabbar Energy Life berfungsi dengan sistem 7 penapisan yang
bermutu tinggi menggunakan teknologi Jepun dan Korea berupaya menyah
toksin, kekotoran dan pelbagai bahan cemar kimia sekaligus menjana
“AIR HIDUP”. Faedah yang dapat kita perolehi dari penapis air yang baik
seperti Dr. Jabbar Bio-Aura Water Life System bukan sahaja memberi kita air
yang bersih, segar dengan menyahkan bahan cemar kimia yang tidak
kelihatan dengan mata kasar, malah ia juga menghasilkan air yang
mempunyai AURA dengan tenaga “bio-electromagnetic field” yang tinggi untuk
kesihatan yang optima.
Published with Blogger-droid v2.0.4