SPM lagi 2-3 bulan. Puasa lagi 2-3 hari. Apa kaitannya yek?  Biasalah, time sekolah dulu mama ingat lagi, kalau time puasa, belajar pun kira slow sikit. Almaklum, puasa.. nak simpan air dalam badan, so tak mahulah cakap banyak, tak mahu buat kerja sekolah banyak2 dan nak tidur banyak2.  Tu semua kisah time mama jadi budak sekolah dulu-dulu. 
Sekarang? Jangan haraplah budak-budak ni nak simpan tenaga, malah lebih aktif tapi bukan aktif belajar, aktif bermain dan bermain dan ‘mengacau’ cikgu. Kalau yang tak aktif pulak, kerjanya 24 jam dalam kelas tidur je, sampaikan mama snap waktu tidur pun tak sedar.
 zzzzzzz….
zzzzzzz….
 tuala kesat air liur….
 pakai tuala putih nampak tompok air liur??
dah mula sedar tp x sempat nak bangun, berat sangat….
Tapi jangan pelik pulak, murid yang tidur ni merupakan ketua platun KPA terbaik daerah tau. Pasukan KPA dia orang plak boleh jadi johan daerah dan naib johan negeri.
Tapi, dalam kelas, buat tahik mata jer… Rasanya time beri command tu sambil zzzz ker??
Ni belum kes murid2 ni dibenarkan bawa hp dan gadjet ke kelas, seperti diwar2kan oleh Timbalan Menteri Pelajaran kelmarin. Bayangkan, sindrom tidur pun tak dapat nak diatasi, macam mana pulak sindrom bersms, sindrom beryoutube, sindrom bertweeter, sindrom berfacebook di dalam kelas? Mama rasa jika kebenaran ni tak ditarik balik, tugas guru lebih berat lagi. Mama tak dapat nak bayangkan saat dan ketika itu,.. Sedangkan HP tak dibenarkan dibawa ke sekolah pun, kejadian dalam kelambu di sekolah cepat tersebar, akibatnya ibu bapa menanti di luar pagar sekolah untuk berlawan mewakili anak masing-masing, inikan pula jika hp dibenarkan bawa… Itulah kalau segala keputusan tentang murid dilakukan oleh orang atasan yang bukan guru, kerana hanya guru mengenali murid, hanya jauhari mengenal manikam…
boleh bawa telefon ke sekolah 
Rasionalnya kebenaran ini sebagai keperluan keselamatan dan persekitaran pembelajaran secara maya??? Hisshh dangkalnya rasional kebenaran ni. Rasional kebenaran ni dibuat oleh orang yang tak berdepan dengan masalah disiplin pelajar sekolah di Malaysia. Tolonglah bantu kami ubati sakit disiplin pelajar sekolah sebelum berangan-angan nak benarkan mereka bawa hp ke sekolah… 
sebagai ibu bapa, anda setuju ke?
sebagai guru anda sokong ke?
dan sebagai guru sekolah menengah mama 100% bantah…..