Hari ini pukul 11.30 pagi (lebih kurang le) akhirnya parlimen dibubarkan untuk memberi laluan kepada PRU 13 diadakan. Mama tahu tarikh pembubaran parlimen ni pun dah terlambat kerana time pukul 11.30 tu ada kelas, habis kelas je pukul 2 terus buka tab terbaca tentang berita ni dan mama termenjerit, tapi tak best sangat le kerana semua kawan lain dah tahu pun! 
saat pengumuman dibuat…
Buka blog kawan dan cari di Google, semua berkobar-kobar berborak tentang pembubaran parlimen. Selepas parlimen dibubarkan, tentu ramai tertanya-tanya pula bila PRU 13. Mama terjumpa kronologi tarikh yang berkaitan dengan PRU 13. Tapi, tertanya-tanya juga, betul ke? Logik ke?

betul ke tarikh ni?
Kalau Sabtu, 27 April dijadikan tarikh PRU 13 aka Hari Mengundi, banyak perkara yang menjadi tanda tanya :
1.
PRU biasa diadakan pada cuti sekolah, cuti sekolah start 22 Mei, jadi PRU bukan pada cuti sekolah?
2. Jika tak cuti sekolah, bermakna ramai yang tidak dapat balik untuk mengundi? Almaklum, Jumaat hari bekerja, Sabtu mungkin cuti umum tapi sompat ke balik untuk mengundi pada Sabtu?
3. Bagaimana program sekolah yang telah dirancang, yang dah ada dalam takwim 2013 – terpaksa dibatal dan ditangguhkan semata-mata kerana PRU 13?
Atau tarikh di atas cuma gimik?
Tungguuuuuu….