Petang tadi hujan lebat di sekolah mama.. Alhamdulillah tiada kejadian buruk kesan daripada hujan lebat diikuti ribut terhadap murid-murid tetapi… Biar gambar yang berbicara…

pokok tumbang
pokok tumbang.. nasib baik tiada murid di situ..

Apa yang menghempap kereta tu? Yuppp.. kereta..
Dalam hati mama, kalaulah time hujan tu ada budak2 duduk bersembang2 di kerusi batu tu, apa akan terjadi ya? Apa yang pasti sekolah mama akan bertambah-tambah popular setelah populariti mencanak-canak akibat kisah Amira lari bersama boyfren dengan van putih tempoh hari. Tak tau kisah tu? dah viral dah… selak-selak la akhbar atau media sosial. Hangat di pasaran kisah tersebut.
Hari ini, kami diselamatkan dengan tiadanya murid di tempat kejadian pada masa tersebut. Jika ada, akan berkampunglah para wartawan, orang ppd, orang jpn malah kpm kot di sekolah mama. Akan viral lah kisah guru2 tidak peka akan keselamatan murid.
Akan viral lah kisah pohon tumbang kerana ‘kerja’ guru adalah sebagai penebang pokok! Akan viral lah kisah guru membiarkan murid tanpa pengawasan sedangkan waktu itu sudah pukul 3 petang dan kami sekolah 1 sesi!
Nasib baik yang menjadi mangsa hempapan sang pokok ialah kereta guru. Maka kisah ini tidak akan menjadi viral. Konpem para wartawan tidak mahu memviralkan kisah yang bukan sensasi ini. Persoalannya, siapakah yang harus membela nasib guru itu? Jika hendah menuntut insuran, kemungkinan guru itu tidak akan dapat kerana kereta tidak dilindungi daripada bencana alam. Akan datangkah PPD, JPN dan KPM bertanya khabar, melempar simpati, menghulur bantuan, mengambil kisah akan kami? Pendek kata, itulah nasib guru,.. perlu menjaga 1001 manusia di sekelilingnya, tetapi kebajikannya, hanya dia yang akan jaga..
Nasib baik, sejurus sebelum kejadian..
sang guru yang sarat pregnant tu naik semula ke blik guru..
Jika dia terus berada di dalam kereta? Nauzubillah…