Kos menjadi perempuan
 
Perempuan jealous, apatah lelaki tersembul biji mata… ya ke?
    Kos menjadi perempuan begitu murah dan rawatannya mudah diperoleh!! Sesiapa yang mahu jadi perempuan, hanya perlu menyimpan duit beberapa ribu dan terbang ke Thailand atau Singapura, lepas balik jadilah seorang perempuan!! Mudahkan? Sebab tu,tak hairanlah jika ramai ‘perempuan’ yang ‘kelembutannya’ melebihi perempuan di Malaysia sekarang ni. Sesiapa orang Port Klang mesti biasa dengan jalan belakang CIMB,.. lorong tu, mula je masuk senja maka mata abah pun melilau ke kiri kanan bahu jalan melihat kelibat ‘perempuan’ percuma ni. Kalau ada penawaran tentu ada permintaan kan? Dalam fikiran mama, permintaan dari golongan manalah yang banyak sangat sehinggakan golongan perempuan jadian ni bersepah2 di lorong belakang ni. Kalau dilihat sambil lalu, memang betul2 macam perempuan, x ada cacat celanya, malah lebih menggiurkan dengan kulit yang putih mulus dan potongan badan anak dara. Hati lelaki mana yang tak terliur kan.. 
    Mama terfikir anak murid mama ex SPM last year, ada dua orang yang bersikap ala-ala perempuan ni. Seorang tu dari kelas mama, perkembangan terakhir menerusi FB dia sekarang dah buka butik andaman, mukanya pun bukan main jambu lagi. Sebenarnya salah siapa, sehingga anak2 lelaki yang kita lahirkan sempurna sanggup menjadi  sebegini rupa? Salah ibu mendidik, salah guru kurang mendidik atau salah diri sendiri yang tak terdidik?..
Anak bujang mama pun satu hal, mukanya ‘jambu’ betul, kalau mama bawa keluar jalan2 mesti orang tanya, anak perempuan ke.. Nak mama bukakan seluar dia ke?.. Masalahnya, anak bujang mama ni memang x suka dan amat-amat takut dengan gunting, dengan rambut yang dipotong dan dengan tukang gunting rambut. Pernah dia menjerit sekuat2 hatinya bila dia tengok rambutnya jatuh ke bumi!.. Dia lari dari kerusi gunting rambut yang tinggi dan tukang gunting angkat tangan tak sanggup tanggung risiko. Rambut Sayhmi memang panjang dan ikal dan mukanya pun agak jambu… sebab tu semua orang ingat dia perempuan!!!! Tapi mama x pernah ajar dia ke arah perempuan, mama pastikan pakaian dia, warna pakaian, jenis permainan, warna pinggan, warna beg.. semuanya warna lelaki… tapi mama tetap takutttt…
Published with Blogger-droid v2.0.2