Sedutan laporan mama dalam dokumentasi program  bersama UNIC pagi tadi. Mama tak galakkan baca sebab panjang sangat, cuma mama nak kongsikan bersama saja tentang keistimewaan program pagi tadi. Kalau ada sekolah yang mahu menjemput UNIC untuk program motivasi, mama rasa berbaloi la walaupun kosnya agak tinggi iaitu RM 3500 sebagai bayaran penceramah. Bagi sekolah kecil macam sekolah mama, kos tu agak besar ler, namun berbaloi la kerana banyak impak positif yang mama lihat hasil daripada program tadi.
Jom baca sedutan dokumentasi mama, hanya sedutan tau, yang detailnya x bolehlah nak copy n paste di sini nanti muntah berdarah nak baca…
            
              Program murni ini telah berjaya mencapai objektif asalnya iaitu meningkatkan motivasi pelajar, khasnya calon-calon PMR dan SPM 2012. Penceramah, iaitu Saudara Fadzli UNIC telah berjaya menarik perhatian para pelajar untuk setia mengikuti program menerusi kepetahan beliau bersuara dan aktiviti menarik yang dijalankan. Antara aktiviti yang segar dalam ingatan para pelajar ialah “freeze dan free freeze”.  Aktiviti ini melatih pelajar agar patuh akan arahan. Apabila mendengar ceramah dan ajaran guru di kelas mereka perlulah ‘freeze’ iaitu menumpukan perhatian sepenuhnya dan apabila sessi ‘free freeze’ pula, mereka boleh membuat apa-apa sahaja untuk melepaskan tekanan setelah fokus terhadap pelajaran.

            Aktiviti seterusnya yang berjaya meninggalkan kesan dalam diri para pelajar ialah kepentingan membaca Bismillah dan berdoa sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, terutamanya sebelum mengikuti sesi pembelajaran.  Penceramah telah menayangkan video seekor kambing yang boleh tenang setelah dibacakan kalimah Bismillah dan bacaan doa oleh pemiliknya. Hal ini jelas menunjukkan kehebatan kalimah Bismillah dan kepentingan doa sehinggakan haiwan boleh tunduk, inikan pula manusia yang memiliki akal dan fikiran.

            Beberapa orang murid juga telah dipilih untuk ke hadapan dan melakonkan aksi berdasarkan nyanyian yang disampaikan oleh ahli UNIC. Jelaslah kehebatan mereka mampu menggerakkan pelajar berkenaan agar memberikan kerjasama secara spontan. Aura ahli UNIC  ini jelas mampu membuatkan para pelajar memberikan repons positif dan aksi spontan apabila diminta.

            Secara keseluruhannya, aktiviti ini jelas telah berjaya mencapai objektifnya.  Hal ini berdasarkan respons dan kerj sama yang dimainkan oleh para pelajar.  Selain itu, disiplin para pelajar turut terkawal menandakan mereka memberikan fokus sepenuhnya terhadap ceramah yang disampaikan.  
Cuma yang kurangnya ialah  mentaliti masyarakat di Malaysia ni susah nak terima asal nasyid je mesti untuk orang Islam. Akibatnya, budak2 India kelas mama semua pakat tak datang hari ni. Alasannya nasyid untuk orang Islam. Siapa yang ajar, mama pun tak tahu, sedangkan nasyid kini bersifat universal, boleh diterima pakai untuk semua kaum di Malaysia. mama rasa dia orang pikir kalau dengar nasyid, masuk Islam kot? Hisshhhhh ceteknya pemikiran mereka.. so tugas para kaunseling ni sedarkan mereka bahawa nasyid tu universal, program pun universal nak tanam motivasi bukan nak Islamkan korang… ceeehhhh kesian la masih ada masyarakat moden yang berfikiran kuno cam ni…
Jom layan gambar pagi tadi pulak.. mama masukkan dalam dokumentasi dan 2 in 1 untuk majalah juga… la la la laa…. buat kerja mesti smart maa…