Setiap kali membaca kisah ini di FB, setiap kali itu air mata mama bercucuran membasahi pipi…

Pada mama, setiap insan bergelar ibu pasti akan tersentuh apabila membaca kisah ini. Apa taknya, dalam kita bertarung nyawa melahirkan zuriat tanda ikatan kasih antara suami isteri, pada masa yang sama tiada insan tersayang untuk menguatkan semangat! Bukan tidak sanggup berkorban untuk melahirkan permata hati, namun hati mana yang tidak luluh jika tanpa insan tersayang di sisi.. Semuga kelahiran Muhammad akan menjadi penguat jiwa siibu walaupun melalui detik yang amat sukar. Walaupun pelbagai spekulasi tentang kehilangan MH370, namun selagi bangkai pesawat tidak ditemui, peluang masih ada.

Manusia mana yang tidak pernah membuat silap, mungkin kesilapan manusia mengandaikan MH370 telah tamat di Lautan Hindi, namun sebenarnya hanya ‘disembunyikan’ sahaja! Mana tahu kan, kuasa Tuhan menentukan segala2nya. Semoga harapan manis Muhammad bertemu siayah akan menjadi bualan hangat..menghangatkan kembali kisah kehilangan MH370 yang semakin dilupakan…

posted from Bloggeroid