Tangan Aiman kecut lama sangat mandi…
Kakak pun kecutttt…
Dahiyah takut ‘dimakan’ bujang senang…
Masing2 pakat tunjuk *****t….
Sepanjang lima tahun di sini, inilah pertama kali mama mandi bersama. Baru terasa seronoknya mandi bersama ni. Siapa sangka, mama yang ‘pemalu’ ni menerima ajakan untuk mandi bersama. Setelah mandi bersama ni baru mama terasa betapa eratnya hubungan kami warga sekolah. Lepas ni, kalau ada peluang, mama akan mandi bersama rakan-rakan dan paling penting, dengan anak2 mama.
Selain mandi bersama, pernah tak dengar tentang mandi songsang? Kalau tak pernah, jom amalkannya kerana mandi songsang banyak khasiatnya…Caranya ialah mandi dengan cara membasahkan bahagian bawah dulu (kaki) dan kemudian baru basahkan bahagian badan dan seterusnya bahagian kepala. Menurut satu artikel cara mandi sebegini adalah satu kaedah terapi yang amat hebat dan menghasilkan kesan yang menakjubkan kepada pengamalnya. Nak tahu faedah mandi songsang, klik sini, dan sini dan klik sini juga.

Bot terdampar je dipukul ombak….
Layanlah gambar2 anak mama seronok sangat mandi bersama di Desa water Park, Cheras sempena Hari Keluarga kelab sekolah mama. Dari pagi sampai petang mereka bermain air sehingga tak sedar tangan habis kecut. Malah, kawan2 yang menyertai telematch, sakit2 badan sebab jarang2 bersukan, tetiba ambil bahagian, tentulah sakit seluruh badan. Tapi yang penting, kami syok sangat….benarnya
Sebenarnya, bukan setakat mandi songsang, mandi biasa-biasa pun bukan setakat dapat menghilangkan kekotoran di badan, malah lebih daripada itu manfaat mandi. Jom baca manfaat mandi yang lain, kalau dah tahu, mesti lepas ni pakat ramai2 nak mandi bersama…

Mengeluarkan racun: Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah,menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.
Stress: Jika anda mengalami stress, mandi air sejuk adalah jawapan yang tepat. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah.

Jangkitan kulit: Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik.Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.
Selesema dan sakit kepala: Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian  tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk. Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.
Insomnia: Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah, pendarahan hidung, selsema dan sembelit..
Penat sliding…..
tak faham papan tanda kot??