Ditelan mati emak diluah mati bapak. Begitulah situasi yang mama alami. Mama tahan agar air mata tidak berlinangan, namun jelas bergenang di kelopak mata mama. Mama tahan, agar kakak Iman tak nampak, agar kakak Iman tak susah hati. Mama siapkan semua keperluan dan mama pasrah untuk melepaskan anak mama pergi. Bagi mama, walaupun pahit, namun mama rela untuk melepaskan kakak Iman pergi tanpa mama demi kebaikan anak mama juga….. kisah selanjutnya tekan tajuk di bawah…
Walaupun hati mama sedih namun mama rela…

Mama rela melepaskan kakak Iman pergi pendaftaran Taski dengan abah sebenarnya… sebab hari ni mama terpaksa menggantikan kawan mama anaknya kena cengkering, so mama ganti jadi form teacher form 1..
Betullah ditelan mati omak, diluah mati bapak. Semua ibu bapa pasti nak tengok anak2 masing2 masa 1st time daftar sekolah walaupun hanya setakat Taski, namun mama x dapat melaluinya demi tugas. Ikut laporan abah, kakak Iman ada jugak nangis sekejap, time dia tengok kiri-kanan abah x ada. Sebenarnya abah sengaja tengok dari jauh, nak tengok kakak boleh tak bawa diri. Bila dah dibawa oleh guru, kakak Iman rasa ‘selamat’ kakak Iman pulak yang ‘merelakan’ dirinya untuk abah tinggalkan… Mama x heran sebab kakak Iman memang mudah menyesuaikan diri, dan alhamdulillah majlis Orientasi Taski 2012 berjalan lancar dengan kakak Iman x perlukan mama dan abah sebagai teman. Cayoklah kakak Iman mama….
Baju sekolah sejak malam tadi kakak Iman dah mene’rai’…