lensa Inersia merakanm gambar HG 
Esok mama bakal masuk majalah tau. Majalah Inersia terbitan keempat. Siapa pernah dengar nama majalah ni? Tak pernah? Tak patut kalau tak pernah, nama majalah ni dah sepopular nama majalah hebat yang lain tau. Tak percaya? Memang patut pun kalau tak percaya, sebab mama masuk bakul angkat sendiri je. 
Laporan HG 
Dalam entri ni, mama muatkan beberapa laporan yang bakal mama hantar buat kali pertama kepada pencetak majalah esok. Berdebar2 sebenarnya sebab semua laporan ni, lihat senarai laporan dalam gambar di bawah,.. merupakan hantaran pertama mama sebagai su majalah sekolah. Ok, terbuka dah rahsia. Mama bukannya masuk majalah mana2 pun. Almaklum sendiri terbit, sendiri pilihlah gambar yang ada muka sendiri kan… Boleh buat kenang2an untuk kakak Iman Athirah, abang Aiman syahmi dan adik Iman Dahiyah bila dia orang besar nanti, mama masuk majalah!!!.. 
 Laporan Saya Sayang Guru
Mama berharap semoga semuanya berjalan lancar esok.
Kalau kerja mama siap awal, maka peluang mama nak ber bw dan melepak2 di blog lebih lama lah lagi kan…  Semoga Cik Saidatul, wakil dari pencetak tu dapat buat kerja tip top tahun ni. Tahun lepas majalah lambat keluar gara-gara nama KP KPM lama diterbitkan semula.. harap2 tahun ni mama tak se careless su tahun lepas tu ek..
Hantaran pertama
Ni la fail hantaran pertama mama esok. Puas dah mama semak dan edit, harap2 tiada kesilapan ejaan dan gambar2 betul ikut program. Jangan program lain tapi gambar lain plak dan gambar lain caption lain plak. Sebenarnya, susah gak kerja su majalah ni kan. Harap2 mama mampu buat yang terbaik.  Sesiapa yang ada pengalaman tolonglah kongsi2kan yer,.. oppps… 
iklan satu jer dari kolej WIT, sesiapa yang nak beriklan di majalah sekolah mama, sila angkat tangan??
Published with Blogger-droid v2.0.4