Anak-anakku, di sekolah kau dilatih bertudung, di luar kau biar x bertutup. Anak-anakku, di sekolah kuajar kaubersopan, tapi di luar kau lupa dan buang terus rasa malu yang ibumu di sekolah ajarkan…

Anak-anakku, patutlah kita x mampu sehebat mereka. Patutlah keputusan kita x secemerlang mereka. Kerana mereka tahu menjaga aib ibu bapa di rumah, tahu menjaga aib ibu bapa di sekolah dan yang pasti tahu menjaga aib diri sendiri! Mereka bersujud syukur setelah spm selesai, tetapi anak-anakku bersyukur dengan membuang tudung, berkepit dengan lelaki, menjerit-jerit dan membakar mercun! Kadang-kadang ibumu ini berasa malu untuk mengaku kamu sebagai anak.

Namun, jauh terselit di sudut hati ini, semoga kamu mampu berubah, habis spm bukan bermakna penghujung kehidupan. Kamu bersikap begini kerana kamu masih belum tahu, masih belum cukup dididik dan tugas kami sebagai ibu untuk terus mengajar kamu tanpa mengenal erti putus asa.

Semoga di luar sana kamu terdidik dengan sebaiknya kerana didikan kami selama 11 tahun di alam persekolahan belum mampu untuk mendidik kamu tahu menjaga aib diri sendiri! Maafkan ‘ibu’ anak-anak didikku!

posted from Bloggeroid