Kebiasaannya, ramai pelakon enggan menyatakan status sebenar mereka, takut-takut populariti merudum.  Tapi mama rasa situasi ni hanya betul untuk artis dulu-dulu, kerana artis Malaysia sekarang yakin akan keistimewaan masing-masing.  Kalau tak, masakan artis yang sudah menjadi isteri dan suami orang mengungguli carta Facebook dan carta Twitter.  Misalnya, Lisa Surihani, mempunyai lebih dua juta follower di Facebook dan lebih 700 ribu follower diakaun @Lisa Surihani.  Jom bertweet dengan daddy’s little lucky girl ni… mungkin menggambarkan dirinya yg lucky mendapat daddy Yusri.. Artis yang mempunyai follower kedua teramai di FB juga isteri orang iaitu, Scha Alyahya dengan 1juta lebih follower.  Sementara, artis ketiga yang mempunyai follower teramai ialah suami orang, Aaron Aziz
follower tweeter @zizanrajalawak
@zizanrajalawak
@Aaron535Aziz
@CT Nurhaliza11
Ada mama kisah dengan bilangan follower mereka? Sikit pun tak heran.  Tapi yang mama banggakan ialah artis kita dah bijak menggunakan medium sosial secara hikmah.
Tak perlulah lagi nak bekerja keras, tapi ‘work smart’ untuk meraih populariti.  Malah, bukan artis je, para pemimpin juga menggunakan medium sosial tweeter ni untuk berinteraksi dengan rakyat dan menyampaikan ideologi masing-masing. Jom terjah FB TokJib di sini. atau bertweet dengannya di sini. Inilah baru namanya pemimpin berjiwa rakyat, apa rakyat buat pemimpin pun buat, macam TokJib nyanyi lagu 1M4U, dalam hati mama, kalaulah TokJib ni atuk kita kat kampung, tergamak ke atuk nak nyanyi macam tuw,.. isshhh sori la Tok Jib, mama cuma salute sebab mampu buat apa-apa sahaja demi rakyat tercinta,.. kan…