Pernah tak anda uji tahap cintanya kepada anda? Takut? Takut2 kalau tahap cintanya hanya 10% atau hanya 5%? Sampai bila kita nak hidup dengan orang yang tidak mencintai kita sepenuh hatinya? Sebab itulah mama memberanikan diri untuk menguji tahap cintanya. Pada mama, dia perlu mecintai mama seratus % kerana mama mencintainya 1001%  iaitu tempatnya kedua selepas mama mencintai Pencipta mama
Soalan mama.. mama tak kaya, mama tak ada apa2 nak beri… Barbie, iPad, PsP, galaxy tab.. semua yang kakak nak kakak tak dapat.. kakak tinggal dengan orang kaya ye, tak payah tinggal dengan mama?
Iman nak tinggal dengan sapa… “dengan mama” Iman x dapat semua tu.. tak pa ke? “Iman nak dengan mama” Beberapa kali mama tanya dan jawapannya tetap sama iaitu anak mama tetap pilih mamanya yang ‘tak ada apa’ berbanding dengan tinggal dengan ‘orang kaya’ yang boleh beri semua yg dia nak. Rupa2nya anak mama bukan jenis ‘mata duitan‘. Dalam hati mama, walaupun kita ‘tak kaya’ harta moga mama mampu memberikan ‘kekayaan’ ilmu dunia dan akhirat serta limpahan kasih sayang yang tiada tolok bandingnya.. amin..
Kakak Iman, Abang syahmi dan adik Dahiyah… mama dah tau tahap cinta anak2 mama…

Konserto Terakhir ganti Interlok 2012 
bukti ‘cinta’ 100% antara kaum di Malaysia?
tunggu ulasan mama ye