Kontroversi tentang novel Interlok nampaknya berlanjutan sehingga ke tahun 2012.. Mama ingat lagi, akhir tahun 2010, mama beli teks novel dan buku kajian novel ni agar mudah mama membuat ‘homework’ sebelum mengajar di kelas. Namun, pada 2011 novel ini dilarang diajar dengan pelbagai alasan. Akhirnya, kami terpaksa pula menampal erata pada buku berkenaan agar novel ini dapat dikaji di sekolah. Bayangkan, kami terpaksa ke sekolah pada hari Sabtu semata2 untuk menampal beberapa perkataan yang ‘menyinggung’ hati dan perasaan ‘rakan’ kita. Kami akur dengan harapan selepas itu kami bebas untuk menyampaikan maklumat kepada anak didik. Almaklum, anak didik mama bukan spesies murid MRSM atau STF atau STK atau SDAR atau Convent Bukit Nenas,.. anak2 murid mama ada yang masih merangkak2 untuk menyelesaikan 1 muka surat buku walaupun usianya sudah menjangkau 17 tahun. Kami mengejar masa agar murid2 kami dibekalkan dengan ‘bekalan’ semaksimum mungkin untuk ‘berperang’ nanti. Tidak cukup dengan menampal erata, kontroversi berlanjutan dengan anak2 murid mama menerima ‘buku’ baru daripada berkulitkan mentari jingga kepada novel berkulit biru. Alhamdulillah dalam hati kecil mama, walaupun kami masih seriau, ingat ke anak2 murid mama dengan nama2 watak, tema, persoalan, nilai dan lain2 dalam novel ni kerana soalan SPM meliputi perbandingan antara novel Tingkatan 4 dengan novel Tingkatan 5. Kerisauan mama terubat apabila soalan SPM 2011 tidak meminta calon membuat perbandingan, alhamdulillah… Namun kontroversi berlarutan rupanya, dan yg terakhir, Timbalan Presiden parti ‘rakan’ kita ni mengumumkan bahawa Novel Interlok ditarik balik daripada komponen kajian sastera SPM 2012!!. Masyaallah dalam hati mama…. Kenapalah dek kerana ingin menjadi ‘hero’ bangsa sendiri, nasib semua anak bangsa digadai dan diratah? Kenapa mama kata begini?
1.  Bukan sedikit kos (wang dan tenaga)  untuk menyediakan kertas gloss untuk menampal erata aka pelekat ajaib
2.  Bukan sedikit kos untuk ‘melahirkan’ semula teks edisi murid Interlok ** menurut Dato Dr Fuad.. RM 1 juta digunakan untuk mencetak semula 390 000 naskhah dan penghantarannya.. guna duit sapa tu?
3. Bukan sedikit masa dan tenaga kami mengkaji Interlok dengan bahan yang minimum demi menyediakan pelajar dengan kelengkapan maksimum untuk SPM.
. namun soalan tak keluar pun?? Kenapa LPM tak umumkan bahawa soalan perbandingan tidak dikeluarkan kerana kontroversi Interlok.. ada berani ke?
4.  Bukan sedikit masa dan tenaga calon SPM 2012 mengulangkaji sendiri untuk Interlok pada cuti sekolah
5. Berapa masa yang perlu kami nantikan untuk ‘kelahiran’ novel baru menggantikan Interlok dan yang pasti awal 2012 belum ada!!!
********  Semuanya kerana:  tiada Pengumuman rasmi tentang penarikan balik Interlok. Sama macam lampiran C SBPA yang masih belum dikeluarkan, begitu juga pengumuman rasmi tentang penarikan balik Interlok oleh menteri berkenaan.. sedangkan Presiden dan Timbalan Presiden Parti ‘rakan’ kita ni kata keputusan sudah dibuat oleh kabinet.
kah kah kah.. bijaknyaa dia…
2012 kulit merah x da kulit biru ada???
Tok Muhyidin : ditelan mati amma.. diluah mati appaa..
pelekat ajaib Interlok