Sebelum PRU 13, berpeluh ketiak MB Khalid menerima pelbagai tuntutan saman dek manifesto PRU 12, antaranya pemberian air percuma, pemberian bantuan kepada ibu tunggal dan banyak lagi. Namun, selepas bajet 2014 semalam, ada kemungkinan ke ketiak Tok Jib pula yang basah, malah banjir kot? Apa tidaknya, MB Khalid hanya menerima saman daripada rakyat Selangor, tetapi Tok Jib bakal disaman oleh penerima Br1M seluruh Malaysia! Manifesto BN semasa PRU 13, Br1M bakal dinaikkan kepada rm1200 namun hanya rm650 sahaja yang diberi! Apa lagi, tak ada ke yang nak saman menyaman? Mana peguam yang sibuk nak menyaman kerajaan negeri Selangor demi ‘mewakili suara hati’ rakyat tu? Oppss…tak kan le nak menyaman majikan sendiri kan, silap2 periuk nasi sendiri pula bertukar menjadi pasir!

Mama nak tunggu dan lihat, ada tak peguam yang menyaman isu air tu berani juga menyaman isu BR1M. Baru peguam berjiwa rakyat marhaen, syabas!

Published with Blogger-droid v2.0.10