Kepada calon-calon SPM 2012, mama nak ucapkan tahniah kerana melakar keputusan yang cemerlang..Tadi mama tengok Buletin Utama.. ada temubual calon cemerlang SPM dari Melaka, katanya kejayaannya hasil group study dan banyak resepi lain.. Temubual dengan calon cemerlang Terengganu pula, seorang calon Cina anak pekerja kilang papan dan seorang calon Melayu anak seorang peguam.. sianak cina kata, terima kasih buat guru-guru, ibu bapa bla bla bla…. kata sianak melayu, kejayaannya hanya pinjaman, terima kasih buat ibu bapa, guru-guru, guru tuisyen dan datuk serta neneknya… Daripada temubual tu je kita tahu, resepi kejayaan mereka apa.. entahlah tepuk dada tanyalah akal..
             Mama tak mahu membebel panjang, cuma gambar je yang mengisahkan warna-warni 21 Mac 2013 buat mama dan anak-anak 5B 2012…
Khugan yang over confident… frust tau..

 kaunter tumpuan.. dapat duit saham koperasi maa
tak sempat nak melegakan ponggong …

Hari ni dapat RM 2175.00 dalam masa 2 jam je..

Berdiri dari kiri.
. 5A, Azuan (ketua 5B), Izzat, Acap
Depan : ntah, Amar dan Amirulnizam

malu nak ngaku bekas cikgu, seksi sangat anak2 ku..

Kaunter majalah hasil tangan mama…

Duduk tepi longkang je ke…

Hai anak-anakku… apa le nak jadi?
Sikuning tu namanya Rasul tau !
SPM 2012 hanya tinggal kenangan, post mortem untuk kelas mama, 5B alhamdulillah semuanya lulus BM walaupun kualitinya ke langit. Untuk 5 K… Kumareswaran, Kartik, Kishen, Sharmila, dan Steven serta Sahul gagal BM. Tahun ni, mama menyumbang 6/11 orang calon gagal SPM sekolah.. malang betul.  Apalah agaknya persepsi pengetua, salah mama atau salah mereka yang masih tidak tahu membaca dan faham akan BM walaupun dah berusia 17 tahun?  PBS sepenuhnya yang bakal menguburkan PMR pada 2014 mampu ke menjadi talian penyelamat dan kompleks persediaan bagi calon-calon SPM 2016 nanti? Tahun 2016 nanti kami tiada kayu pengukur PMR untuk menentukan tahap kesediaan calon. Entahlah, hanya masa yang akan menentukan… moga-moga calon SPM 2016 mampu melepasi syarat lulus BM, Sejarah dan BI.. kalau tak, makin ramai le bangsa Melayu yang hanya memohon kerja berbekalkan UPSR, almaklum.. PMR pun dah terkubur.. entah le labi…