Takziah mama ucapkan pada keluarga Cikgu Nor Zatusy Hazwa Abd Rahim. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.

Kehilangan adik Nawal pasti dirasa…
Kasihan siibu.. Takziah dan semoga tabah…
Kematian adik Nawal diklasifikasikan sebagai terdapat unsur kecuaian dan menurut pakar, kematiannya disebabkan oleh kehilangan air yang banyak dalam badan akibat suhu panas terkunci dalam kereta selama 5 jam dan kemungkinan adik Nawal menangis dengan kuat sebelum kematiannya, 2-3 jam setelah ditinggalkan di dalam kereta – intipati daripada sumber BH. 

Memang benar, kematiannya ada unsur kecuaian dan memang benar baby tu ‘tersiksa’ sebelum kematiannya, namun para pengarang akhbar seolah-olah tidak sensitif dengan kepiluan dan kesedihan yang dialami oleh ibu mangsa. Ibu mana yang tak sayangkan anaknya? Mama pasti cikgu Nor Zatusy tidak sengaja dan tiada niat langsung untuk ‘menyiksa’ anaknya. Sebenarnya, jika dilihat dari sudut lain, terutama dalam profesyen keguruan, Cikgu Nor Zatusy merupakan guru yang komited terhadap tugas. Oleh sebab tugas, walaupun dalam kes ini dia terlambat hadir dan tergesa-gesa, namun dalam mindanya hanya untuk tugas, dan selain bermesyuarat, dia juga mengajar di kelas sehinggakan terlupa akan anaknya. Jika pekerja yang suka ‘tuang kerja’, apa hal la dengan mesyuarat.. apa hal dengan pdp, anak aku lebih penting, ambil MC saja atau uruskan anak dan lambat ke sekolah!. Namun demi anak bangsa, demi tugasnya yang mulia, cikgu ini tetap ke sekolah sehinggakan terlupa akan zuriatnya sendiri!. Kes guru terlupa atau tertinggal anak di dalam kereta bukan sekali kita dengar. Sebelum ini, ada juga kes guru ‘terlupa’ anaknya lalu meninggalkan anak di dalam kereta hanya kerana kedatangan nazir!. Sebenarnya, salah siapa dalam hal sebegini? Jika kita nak tuding jari terhadap siibu memang tidak adil sama sekali. Semua perkara ini rentetan daripada kealpaan pihak tertentu ‘menjaga’ kebajikan para guru. Guru dianggap profesyen paling ‘mudah’ kerana masuk kerja pukul 7.
30 dan balik pukul 2. Petang boleh bersama-sama anak. Keadaan ini mungkin sesuai untuk takrifan guru zaman 70-an dan 80-an. Guru sekarang… guru juga ibu, guru juga kerani, guru juga doktor, guru juga polis, guru juga peguam,.. pendek kata guru serba boleh sehinggakan anak-anak guru sendiri terabai. Jika ada pusat jagaan kanak-kanak di setiap sekolah, pasti kejadian sebegini tidak akan berlaku!. Malah, jika kita baca, adik Nawal meninggal akibat kehilangan air dalam badan kerana suhu panas akibat kereta ibunya diletakkan di kawasan panas dan tidak berbumbung. Mama rasa, kalau di jabatan lain, siswazah DG41 atau DG44 mempunyai tempat letak kereta khas bernombor. Tapi guru? Kereta mereka diparking nun di tengah panas dan kadang-kadang menjadi bahan ‘torehan’ anak murid. Hal ini menunjukkan satu lagi kepincangan dalam sistem pelajaran kita. Kebajikan guru sentiasa terpinggir, sudahlah keringat dan tenaga guru ditagih namun kebajikan mereka dipandang sepi. Berapa banyak ibu yang juga guru terpaksa menghantar anak di pusat asuhan yang jauh, sebelum ke sekolah sepanjang hari dan meredah kesesakan lagi untuk mengambil anak setelah tamat bekerja yang biasanya hari sudah menjelang malam! Berapa banyak guru siswazah yang mendapat ‘keistimewaan’ seperti siswazah dalam sektor lain, duduk di bilik berhawa dingin, kerusi meja tidak perlu berebut dan tempat parking khas? Itulah guru… Kami dianaktirikan atas alasan guru ‘ramai’!
Sorry, mama emosional
kerana.. mama juga guru dan mama juga ibu
Kematian adik Nawal sepatutnya ‘membuka’ mata banyak pihak
Published with Blogger-droid v2.0.10