Yana Samsuddin Heroin Terhebat..
Sesaat sebelum meledak gol..
Haa.. ni le golnya.. pukul 10.10 tapi minit ke berapa entah..

Kisah ni serius kelakar… memang kelakar yang amat.. Kalau nak tau kisahnya, baca entri ni sampai habis kerana mama selitkan kisahnya di hujung entri. Entri awal bermula dari kisah di bawah ni.
Anugerah Blockbuster vs Kelantan Lawan Selangor? Yupp Piala Malaysia masih di hati. Akibatnya, malam ni mama layan Kelantan vs Selangor. Minit ke-4  lagi darah berderau apabila KFCM tiada di posisi.. hantaran Amri Yahyah betul2 tepat di kaki striker Selangor ni (mama x ingat nama) tapi kakinya tak bedung kot time kecik dulu.. org tendang ke pintu gol.. dia tendang ke langit! Lega mama.. oopps mama ni orang Selangor ke Kelantan ni? Chek ic. bukan Selangor pun.. tapi chek mykid anak2 semua Selangor! Alamak, murtad ke mama?  Alaa.. sukan kan universal, tiada batas negeri..
Lepas tu mama tak tengok sangat pun game kat tv sebab ‘game’ kat depan tv antara kakak iman vs yaya vs syami lagi rancak dan kuat bunyinya.. Sampai 1st half tiada score lagi jadi mama pun p tidokan yaya. Nasib baik lepas yaya tido baru Kelantan score.. Nasib Selangor makin teruk bila sorang player dia kena kad merah.. ala ciannya…. Sampai tamat permainan.. keputusannya 1-0 je.. alahai.
. x cukup ni bekalan Kelantan nak bawa p Shah Alam.. Berdebar juga ni nak tunggu next week sapa masuk final piala malaysia 2012. Mama harap Kelantan lawan Selangor tapi dah dia org jumpa kat semi final so atas semangat patriotik yang tinggi mama nak Kelantan vs Atm laa.. siapa sokong?
Lepas tamat game.. tak tunggu ulasan hasbullah awang yg pd mama ulasannya x sehebat time dia mengulas game badminton dulu2.. kalau dia jd pengulas rasanya game yg tak berdebar pun macam rancak sangat2.. tapi kali ni dia mcm kool jee… sebab tu mama tekan 104.. fuuui nasib baik tak potong astro lagi.. tup2 keluar gambar Yana Samsuddin sebagai heroin terhebat.. hebat ke? Sorry la..mama masih suka Lisa atau Maya lagi.. tapi undi kan muktamad? Lepas tu.. perjanjian tetap perjanjian.. tv terpaksa ditukar ke kartun sebab mama dah janji dgn kakak Iman nak tengok bola je.. kan mama bagus.. ‘janji ditepati’..

Hai Busuk.org..
Serius kelakarnya ialah.. tajuk entri ni pada walnya ialah Janji Ditepati Kelantan Terhebat.  Lepas tu macam biasa, mama pun ping kan entri ni di Busuk.org. Tiba-tiba, entri mama kena kuarantin. Sebab apa? Hanya kerana tajuk atau perkataan “Janji ditepati dan Kelantan Terhebat” ke? Please lah, jangan nilai entri daripada tajuknya saja dan yang penting jangan takut dengan bayang-bayang dan jangan menggelabah,…

Published with Blogger-droid v2.0.8