kad kahwin kreatif
Wow..
Laluan MAS…
Ada cop lagi…

Pejam celik pejam celik dah lama rupa-rupanya mama dah jadi guru.  Apa taknya, kalau diibaratkan ibu, mama ni dah ada ramai cucu dah. Setiap tahun, mama akan terima kad jemputan kahwin, bermakna ‘anak’ mama dah kahwin dan tentu sahaja bakal mendapat anak iaitu ‘cucu’ mama.  Baru-baru ni dapat lagi kad jemputan kahwin dan pada mama kad ni lain dari yang lain.  Makin lama, makin kreatif dan pasangan pengantin berlumba-lumba nak jadikan hari perkahwinan mereka suatu hari yang unik dan tak mungkin dilupakan.  Tengok je gambar kad jemputan kahwin ni. Mula-mula mama ingatkan pasport… rupa-rupanya pasport perkahwinan! Siap ada cop penerbangan lagi.. klas gitu kan.
  Teringat mama zaman dulu, kad kahwin dah le reka sendiri, print sendiri dan kad fotostat jer atas kertas A4 berwarna,.. rasanya bajet untuk buat kad yang paling minimum. Tapi berbeza betul dengan pasangan pengantin sekarang, dari kad yang dah menelan belanja besar, apatah lagi majlisnya nanti. Terfikir mama, semakin kaya rakyat Malaysia ni kan.. Alhamdulillah..

Published with Blogger-droid v2.0.8