102 komen!
paling koman pun 27 komen..
24-32 komen…
> 100 komen!
mencecah ke 72 komen…
Bilalah kotak komen mama nak sarat macam kotak komen blog kat atas ni?  Serius frust bila buka blog, bilangan komen 1/2 jer, paling banyak pun 8-10, tak pernah lebih drpd bilang jari tangan mama. Dah banyak blog mama baca tips itu dan ini, misalnya dari siDya ni dan blog siLyssaRahsia ni. Malah, mama cuba kaji sendiri kenapa blog mereka banyak komen.. Misalnya, blog Kakzakie, bilangan komennya berpuluh2 malah menghampiri ratus pun. Bila klik blog yang komen di blognya, mesti ada komen Kakzakie ni yang terawal dalam senarai pengomen.
Seolah2 mereka dah ada rangkaian sahabat maya,,, Mama tertanya2 sempat jer dia orang ni berbalas2 komen dan menjadi yg terawal plak tu!.. Cuba bayangkan kalau komen berpuluh2, maka kita juga perlu bw berpuluh2 malah beratus2, tak mampu mama…
Yang penting, pada mama, mereka tak bongkak apabila ‘berada di atas’… walaupun komen beratus2 namun mereka masih bertandang ke blog picisan mama.  Cuma blog Icah Banjarmasin ni, yang mama lihat kelainannya entri dari seberang ni kebanyakannya mengisahkan tips berblogging. Jom korek rahsia Icah…
Rasanya kenapa komen blog mama kurang
-entry mama tak ‘hot’
-blog mama memang tak famous langsung..
*** tapi yang penting mama ada blog juga…
Published with Blogger-droid v2.0.8