Vanida & Shidee pasangan selebriti yang disegani

sambil tido pun boleh.. di sini
Bila cikgu-cikgu membaca kisah ni menerusi Berita Harian, masing-masing memberi komen terhadap kenyataan Tan Sri Harussani Zakaria. Pada mama, kenyataan Tan Sri ni mungkin dibuat atas pendapat peribadinya sebagai seorang ulamak. Kawan-kawan mama yang hanya mengetahui cerita ni menerusi sedutan beberapa babak di televisyen memberikan ulasan spontan yang pelbagai.
“Kesiannya V… tu laa jadi pelakon pun susah kan..”
“Lain kali jangan berlakon suami isteri la…”
“Kan V berlakon dengan Afdlin.. Shidee dengan Ayu Raudah… mana plak talak2 ni..”
Ustazah pulak mencelah.. kan Shidee kata “hari ketiga kita minta cerai”..
Ok.. tu antara komen spontan kami di bilik guru semalam. Isunya ialah, Shidee kata “hari ketiga kita minta cerai” bukannya “hari ketiga kita bercerai“.. jadi kenapa pulak timbul isu jatuh talak ni..
Tu yang buat kami tertanya2. Malah, Afdlin sendiri ada membuat kenyataan berikut : “Sebelum kami melakukan penggambaran ini lagi saya telah merujuk pihak ulama iaitu yang lebih pakar dalam bidang agama kerana bagi saya kahwin cerai bukan boleh dibuat main-main.
“Malah saya sangat berhati-hati ketika membuat penggambaran babak pelakon dinikahkan supaya ianya tidak sah dilakukan mengikut hukum agama,” katanya.


Baca seterusnya di Nescafeais.com


Sebenarnya banyak blog gossip selebriti lain memaparkan kisah hot V dan Shidee ni seperti di blog Rotikayajem ni dan blog Beautifulnara. Menurut blog ini, Selepas bertanya menerusi Twitter, rata-rata yang sudah menonton filem ini memberitahu yang lafaz cerai telah dilakukan oleh Rashidi Ishak kepada Ayu Raudhah. Namun itu tidak menjadi persoalan kerana mufti Perak merujuk kepada dialog di atas. Apa pun diharap Vanida dan Rashidi mengikut saranan dan segera mendapatkan pendapat mereka yang lebih arif.

Semua pandangan dibuat oleh bukan pakarnya (pakar agama) dan mama rasa kebanyakannya belum menonton sepenuhnya filem ini. Ibarat kata Afdlin, “Saya tidak tahu hendak komen apa lagi dengan apa yang terjadi dan saya ingin sarankan sebelum semua pihak menilai dan menghukum filem ini, lebih baik mereka pergi menontonnya sendiri.


Dari sudut pandangan bahasa, Shidee kata kita minta cerai bukannya kita bercerai, maknnya jauh berbeza ye, tapi tak tahu la pula dari sudut pandangan pakar agama. Sama-samalah kita nantikan kesudahan isu ni. Tapi pada mama, kenyataan TS Harussani seolah-olah mempromosi filem Untuk 3 Hari ni sebenarnya.  Kenyataan beliau membuatkan ramai orang ‘tahu’ akan cerita ni dan berminat untuk menontonnya. Tahniah kepada Afdlin kerana berjaya ‘mencipta’ filem yang menarik minat masyarakat untuk membincangkannya. Namun, jauh di sudut hati kecil mama, sebagai penggiat seni kita tidak seharusnya mempermain hukum hakam agama. Lebih baik jauhkan isu sensitif kerana banyak lagi isu lain yang boleh dijadikan tema filem. Mama pasti orang macam Afdlin tidak pernah ketandusan idea….


Sedutan dari nescafeais
Komen peminat…
Published with Blogger-droid v2.0.8