Sejuknyaaa… abah kata macam dalam peti ais???
Malam pertama yang tak menjadi… Frust betul sebab apa yang diharap-harapkan tak menjadi kenyataan. Dahlah banyak duit dihabiskan setelah banyak mendengar fantasi tentangnya, namun realitinya tak best pun.. Baik tak payah susah-susah nak melalui saat macam ni…
Beku kaki..
Best tak intro mama? Mesti ramai yang mengeluh… Sebenarnya mama nak ceritakan kisah mama bawa kakak Iman, syami dan yaya p ICT. First time p dulu yaya masih dalam stroller dan time tu hujan, so tak dapat nak menghayatinya pun.  Lagipun time tu x ICT tak banyak benda yang best nak ditengok selain lampu2nya.. 
Sibuk Memilih…
Sebab teringin sangat nak berjalan dalam salji, so mama bawak la anak2 p main salji kat ICT. Nak p luar negeri x mampu, nasib baik ICT ada.  Kenapa malam pertama berjalan salji ni x menjadi?  Sebabnya.. tiketnya mahal, dewasa rm35 dan kanak2 ketinggian melebihi 90cm RM30 tapi tak berbaloi pun dengan RM130 yang mama keluarkan. Rasanya dia upgrade sikit2 daripada ‘bilik sejuk’ .. sapa2 yang pernah p ICT dulu2 tentu ada p bilik ni, 2 tingkat kot,.. tapi bayarannya jauhhhh lebih murah.
 
Snow Walk – boleh baca di situ tentang SW ni, tapi time tu tiketnya cuma RM20/25 yang baru ni, fuiiiii sejuk…. Tiket hanya untuk bayaran masuk dan sewa jaket.. boot, topi, sarung tangan dan penutup telinga dijual/ disewa berasingan!. Punyalah ICT ni nak kaut untung betul. Memang tak patut betul la.. Sekurang2nya tiket termasuklah pakej jaket dengan but.. 
Mama rasa ni le sekali dan terakhir mama masuk snow walk ni sebab x da benda sangat selain suhunya yang maha sejuk sampai nak beku tangan dan kaki tau… 
Sayang lembu..
pilot ke..
emmm bolehlah…
Permainannya pun macam kat funfair je, alaa bolehlah kata macam p funfair je le ICT nieh. Tengok aarr, p main kereta, main keretapi, baling2, tembak2, pancing2.. sampai Yaya pun buat muka mood boring…
Makan lagi sodap…
Sebab boring dengan fasiliti yang entah apa2 kat ICT tu, ditambah dengan perut keroncong.. yaya pun makan dengan lahapnya. 
Published with Blogger-droid v2.0.8