Mengapa hari raya bukan hari raya? pelik kan tajuk entri mama kali ni.. Pelik la sebab orang lain semua beriya2 menyambut Hari raya dengan gembira dan penuh kesyukuran.  Hari raya mama kali ni ok2 je pada mulanya.. tapi malangnya.. kejadian tak diingini telah berlaku.. apa kisahnya? jom baca kisah selanjutnya.. jgn segan2 klik tajuk entri di bawah..

mama rasa kalau 23 tahun yang lalu rupa dia macam ni lae…
Sori lae, mama x dapat nak download gambar terbaru sidia yang telah meragut erti kebahagiaan Hari raya mama kali ni.  sebabnya, mama pun kenal dia baru tak sampai 24 jam.. senang cerita +-24 jam la kiranya.  Mama kenal dia pada petang Jumaat 26 Ramadhan yang lalu, time kat sekolah, kawan mama kata..mama dah ada belum, mama kata belum, so dia rekomenkan baby cute kat atas ni yang kini dah berumur 23 tahun.  Mama kata x kisah lae.. asal ada mama jalan jer…Tunggu punya tunggu, janji nak balik Bp sebelum buka mama tangguhkan sehingga pukul 10 malam… Selepas bayar RM4300 maka baby cute 23 tahun lalu tu pun berpindah tangan kepada mama… Pada mulanya, baby cute 23 tahun yang lalu ni ok2 je… ok je dengan kakak iman, ok je dengan abang syahmi tapi  x ok dengan dayah.. so mama yang pangku dayah sepanjang perjalanan ke BP.. baby cute 23 tahun lalu tu sedap2 je tidur mendengkur kat belakang… mama curi2 tengok lalu cermin lae… kakak dengan abg syahmi memang dah lama pun tidur
Akhirnya, kami tiba kat BP.. sebab malam dah pagi dah.
. he hee dah pukul 3 pagi so terus sahur n bum tidur… Pagi esoknya.. baby cute 23 tahun lalu tu minta mama call kan cik syamsul.. ada apa kata mama… aku tak mahu.. aku mahu jaga orang tua.. encik syamsul bohong aku.. dia paksa aku… aku mau balik sekarang juga!!!!! haa.. mama kata tunggu lae sampai 5hb mama balik kl… enggak.. aku mau balik sekarang aku tak mau jaga budak… 
Itulah kisah mama dengan seorang lagi bibik..entah yang keberapa.. entah dah berapa ribu riban mama keluar duit.. dan mama tertipu lagi.. so hari raya bukan hari raya bagi mama….