Tepat sangkaan mama apabila Hafiz tercalon sebagai bakal juara Mania. Abah pulak teka Stacy dan Jacqlyn dan tekaannya tepat. Tapi abah punyalah frust sebab pilihannya sorang lagi iaitu Ebi terkeluar. Punyalah abah mengutuk Hazama dan Aril. Sorilah yer Aril, sebab bukan kamu x best tapi sebenarnya ada yang lain lebih bagus dan berhak untuk ke akhir.  Betullah kata Aubrey Suwito, persembahan super tapi berjayakah dia memenangi hati peng SMS.. Inilah keburukan konsert yang bergantung 100% pada undian SMS. Yang lebih baik dan berhak untuk ke akhir akhirnya kecundang dek kurang famous, kurang muda, kurang fans, kurang glamour dan kurang menambat hati.
Pada mama, persembahan Ebi dan Shilla Amzah pun boleh difikirkan untuk ke akhir. Tapi biasalah, rumah siap, pasti ada jer bunyi tukul dan pemahat lagi. Bermakna, peminat setiap bintang tu pasti ada pendapat mereka masing2. Pengajarannya, bagi peminat fanatik, jangan asyik nak kata minat jer tapi tak mahu merajinkan diri untuk sms bintang pujaan. So, sama2 lah kita tunggu konsert akhir Mania minggu depan… harap2 Hafiz mampu jadi juara sebab mama rasa dia memang berhak cuma persembahannya malam tadi kurang umpph banding last week. Harap next week Hafiz buat terbaik, ok… 
Published with Blogger-droid v2.0.4