Bulan Disember bulan bahagia.. Mama pun nak berkongsi kebahagiaan tu dengan semua rakan blogger.  Mama pun order dari Heartbeat.com.my hadiah ni khas untuk rakan blogger.  Dua orang rakan blogger yang mahu berkongsi kebahagiaan dan kegembiraan dengan mama akan mendapat hadiah ni.  Hadiahnya mama terfikir secara spontan, hadiah yang akan mengingatkan semua rakan blogger dengan mama, mykids dan myblog.  Mama pun reka car sign special untuk rakan2 semua.  Siapa yang mahukan car sign ni cuma perlu ucapkan selamat untuk mama dan mykids.. ucaplah sekreatif mana pun kat ruangan komen blog ni dan letaklah blog url rakan2 semua. Itu je kena buat, senang kan?  Mama akan pilih ucapan yang betul2 menyentuh hati mama.
. Ucapan yang mama pilih akan mama tayangkan di blog mama malam esok dan mama akan hubungi pemilik blog untuk mendapatkan alamat untuk menghantar hadiah.  Ucapan boleh dihantar dari sekarang sampai pukul 6 petang esok sebab sebelah malam, mama akan membaca ucapan untuk mama.  Kalau sikit, cepatlah mama buat entri umumkan penerima car sign special daripada mama ni.  Harap2 banyaklah rakan yang akan mengucapkan selamat berbahagia untuk mama …. harapan atau khayalan????
Bukti mama order Car Sign sebagai hadiah…..