Biru mata hitamku… tema Hari Guru tahun ni warna biru turqois….
 Biru Turqois mama tiada…
Warna caca marba tapi mama ada…
Pagi tadi dengar Astro Awani 745, mama dapat idea untuk menulis entri ni. Almaklum, dah +- 15 hari blog ni tak berupdate. Sibuk memanjang kerana minggu lepas Jemaah Nazir berkampung di sekolah mama. Punyalah teruk ‘kami’ dikerah untuk menyiapkan segala mak nenek fail termasuklah fail PBS sampai blog terpinggir terus. Sebenarnya, memang tak ingat langsung yang mama ada blog pun!
YB Ahmad Maslan kata “YB perlu ada FB” iaitu Fakta dan Berani. Jika tiada fakta, YB akan ‘temberang’ dan jika tiada berani, YB takut untuk menegakkan kebenaran. Betullah tu, mama sokong 100% tapi yang mama tak berapa nak sokong, katanya lagi ” ‘dia orang’ bukannya ‘tera’ sangat pun” Ni yang mama tak berapa nak gemar, kerana sikap ‘memperlekeh’ orang tu, masih menebal dalam diri para pemimpin.
Berbeza pula, malam tadi, buat pertama kalinya mama salute pada YB Shahidan Kassim kerana kenyataannya “kalau kita rasa ‘senjata kita tajam’, ‘senjata mereka lagi tajam'” Semangat sebeginilah yang perlu ada dalam diri setiap pemimpin, sentiasa memperbaik dan meningkatkan keupayaan diri, bukan asyik memperlekeh orang lain. Nanti orang tak suka tauuu….. PRU 14 bukannya lama sangat lagi…
Pada mama, tak ada bezanya dengan guru. Guru juga perlu ada FB supaya tidak hanya ‘menggoreng’ dan ‘akur dengan telunjuk’ orang lain sahaja. Semoga semua guru membuka akaun FB dalam diri masing-masing, in sha allah.