Giveaway Sulung Miecyber’s Blog ni berlangsung selama 3 minggu bermula dari 21 Januari, hingga? pokoknya selama 3 minggu. Terdapat beberapa penaja yang bakal menaja hadiah kepada pemenang iaitu 
Panaja Pertama
Penaja Kedua
dan hadiah untuk review blog tuan rumah terbaik iaitu
a. Top up RM 30 & Cenderahati
b. Top up RM 20 & Cenderahati
c.Top up RM 10 & Cenderahati
Syarat-syarat penyertaan agak mudah iaitu peserta perlu letakkan banner macam di atas tu dan link kan ke blog Miecyber’s. Kemudian, kena klik like fanpage penaja giveaway ni. Seterusnya kena buat review Miecyber’s Blog dan beri pendapat tentang blog ini. Syaratnya mudah kan? Tak perlu tag blogger lain tu yang penting, dan hadiahnya juga menarik.. Sebenarnya mama dah lama nak bercuti2 ke Taman Negara jauh dari kesibukan kota, tapi mama belum dapat info tepat tentang percutian di sana. So, impian mama tu mama simpan saja sampailah mama jumpa segmen giveaway ni…
Sampai ternganga Syahmi dengar mama nak ke Taman Negara???
perasaannn…
Tugas yang paling penting ialah buat review tentang Miecyber’s Blog. Blog ini padat dengan info semasa, teknologi dan pengembaraan dalam dan luar negara. Pada mama blog ni sudah cukup baik kerana susun atur blog yang kemas dan tidak serabut dengan bermacam2 widget yang tidak perlu. Selain tu, tuan blog mempamerkan widget e-solat beserta waktu imsak sebagai peringatan kepada pengunjung blog tentang tugas utama masing-masing kepada-Nya. Seterusnya, terdapat banner tentang pendapat peribadi tuan blog tentang isu Iynas iatu Save Malaysia, Stop Lynas. Hal ini menunjukkan tuan blog amat peka dan prihatin terhadap isu alam sekitar dan patut diteladani oleh tuan blog lain. Menerusi blog ini juga, mama dapat tips dan info tentang destinasi percutian keluarga yang mama impikan iaitu Taman Negara. Info tentang pakej Taman Negara juga diselitkan oleh Tuan Blog. Watashino Kangaekata gak wakareru merupakan rangkaikata dalam bahasa Jepun yang mama cuba cari maksudnya menerusi Google. Mungkin ‘memahami perasaanku‘ merupakan tujuan tuan blog untuk mencernakannya menerusi blog. Pada mama, rangkaikata pada header blog ini melengkapkan keunikan blog ini pada mata mama dan semua pengunjung blog ini.
Miecyber’s Blog.com