Jika  kurang jelas… klik di sini

Tentu semua penjawat awam ternanti2 formula gaji baru SBPA yang dikatakan lebih adil dan saksama. Begitulah harapan semua, jangan hasilnya nanti ‘macam tikus membaiki labu’ yang ditunggu2 macam menunggu buah yang tak gugur2. Almaklumlah.., kita diminta menandatangani borang penerimaan SBPA secara tergesa2, tapi hasilnya?.. kena menunggu sampai entah bila. Jadi harapan kita agar penantian tu berbaloi-baloi la. Sebabnya, formula asal SBPA macam tak adil bagi golongan pekerja bawahan berbanding gaji JUSA dan Premier
Jika diperhatikan cadangan gaji SBPA yang dikemukakan oleh CEUPACS tiada perbezaan yang ketara. Walaubagaimanapun, untuk gred sokongan kelihatan ada perubahan dan peningkatan. Harap-harap pihak Ceupacs jangan hanya mengutamakan golongan pelaksana sahaja kerana golongan pengurusan dan profesional juga mewakili peratusan penjawat awam yang besar. Golongan ini juga besar peranannya dalam memartabatkan imej Penjawat Awam. Jadi pada pihak yang berkenaan, tolonglah bersikap adil sebab isu gaji ni isu sensitif. Cuba tanya, siapa yang bekerja tak mahu gaji? dan siapa pulak yang nakkan gaji buta?
So semua penjawat awam tentunya mahukan gaji SBPA yang setimpal dengan peranan dan tanggungjawab yang dimainkan, bukan sesetengah golongan sahaja yang tersenyum lebar sedangkan dan yang lain berduka pulak. Sebabnya ada komen macam ni :
bila di tengok cuepacs punya cadangan gaji ..ADOI! mcm **** jer. elok2 gaji aku naik banyak dengan spba dulu, sekarang nak jadikan agi rendah. Pehal betul la pemimpin gred rendah2 ni. dok bising pasal jusa. yang geng 41 n 44 ni jugak makan asap..
Sebab tu mama kata, DG 41 dan DG 44 pun mainkan peranan besar tau wahai Presiden Ceupacs…..

Published with Blogger-droid v2.0.2